Pada pagi tadi, satu rombongan yang terdiri daripada
isteri-isteri dan keluarga tahanan ISA telah datang ke
parlimen untuk menyerahkan satu memorandum kepada
Ketua Pembangkang, Dato' Fadzil Noor supaya usul
penahanan 10 orang aktivis reformasi dibahaskan di
dalam Dewan Rakyat.
Walaubagaimanapun, berlaku
kekecohan sebanyak hampir 2 kali ketika usaha-usaha
keluarga tahanan ini ingin memasuki parlimen. Yang
pertama ialah ketika di pintu pagar parlimen, iaitu di
pondok pengawal. Seorang kakitangan parlimen dilihat
seolah-olah ingin melengah-lengahkan usaha rombongan
ini masuk ke dalam. Dia kata yang mereka sedang
berusaha untuk memanggil Ustaz Fadzil turun ke pondok
pengawal itu untuk menerima memorandum tersebut.
Tetapi pihak rombongan menyatakan bahawa mereka sudah
membuat temujanji dengan Ustaz Fadzil di lobi parlimen.
Setelah bertekak dengan kakitangan tersebut, akhirnya
rombongan tersebut berjaya masuk ke dalam. Namun
tidak semudah itu, kekecohan berlaku sekali lagi. Kali
ini berlaku di pintu No. 1, iaitu di tempat untuk
mendapatkan pas pelawat.Seorang kakitangan parlimen
cuba untuk tidak membenarkan rombongan tersebut naik
ke parlimen. Kekecohan yang berlaku terlalu hebat.
Suasana agak tegang. Keadaan yang bising ini akhirnya
menyebabkan ahli-ahli parlimen BA termasuk Ustaz
Fadzil turun ke ruang pintu no.1 itu. Walaupun Ketua
Pembangkang sudah menyatakan bahawa rombongan tersebut
adalah tetamu beliau, namun kakitangan tersebut masih
berdegil dan terus bertikam lidah dengan wakil
rombongan tersebut. Namun akhirnya setelah beberapa
kata-kata pedas dilontarkan, kakitangan tersebut
mengalah. Rombongan seramai hampir 50 orang itu dapat
naik ke lobi parlimen. Di lobi, memorandum
diserahkan oleh Bahirah Tajul Aris, isteri Ezam Mohd
Nor kepada Ketua Pembangkang. Di samping penyerahan
memorandum mendesak isu penahanan di bawah ISA ini
dibahaskan, satu sidang akhbar juga diadakan di situ. Kemudian,
mereka bergerak ke pejabat speaker Dewan Rakyat untuk
menyerahkan satu memorandum kepada speaker.
Namun beliau tiada dan ia hanya diserahkan kepada
setiausahanya sahaja. Setelah itu, rombongan tadi
pergi ke kantin. Secara tidak sengaja, mereka telah
berjumpa dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato'
Zainal Abidin ketika beliau sedang makan. Di situ juga
mereka berjumpa dengan beliau dan mendesak beliau
melakukan sesuatu berkenaan penahanan ini dan
menyatakan hasrat masing-masing. Beliau agak terkejut
menerima kehadiran rombongan ini di KANTIN PARLIMEN!!! Selepas
itu, rombongan tersebut pulang dengan harapan akan
berlaku tindakan susulan daripada memorandum yang
diserahkan itu. Kedatangan mereka ke parlimen juga
mendedahkan betapa sukarnya sebilangan kakitangan
parlimen ini untuk menerima kehadiran pihak-pihak yang
menyokong pembangkang ini. spycather
-2/5/01-
|