Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


Kecoh Lagi...Kali ni di Putrajaya!!!!


Selepas berlaku kekecohan di parlimen semalam, berlaku sekali lagi kekecohan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Rombongan ke putrajaya hari ini adalah rombongan yang sama yang menghantar memorandum kepada Ketua Pembangkang dan speaker Dewan Rakyat di parlimen semalam.

Kedatangan rombongan tersebut ke Jabatan Perdana Menteri. Putrajaya bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha sulit Timbalan Perdana Menteri dan memorandum kepada Perdana Menteri. Memorandum tersebut adalah untuk mendesak  pembebasan 10 tahanan ISA 

Ketibaan rombongan ini disambut dengan cara yang tidak beradab sekali. Di bawah cahaya matahari yang panas terik itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari, beberapa pengawal pejabat keselamatan JPM yang terdiri daripada polis bantuan telah meluru ke arah kami dan menyatakan hanya seorang sahaja dibenarkan berjumpa dengan setiausaha sulit TPM. Namun kami bertikam lidah dengan pegawai tersebut dan meminta masuk ke dalam pejabat pengawal tersebut. Akhirnya kami terus menyerbu ke dalam pejabat tersebut tanpa menghiraukan pegawai tersebut.

Maka bermulalah kekecohan di Putrajaya ini. Pegawai tersebut menyatakan Tajudin(SU Sulit TPM) hanya membenarkan seorang sahaja ke pejabatnya. Rombongan tidak berpuas hati. Semua meninggikan suara agar hak mereka untuk ke pejabat Tajudin tidak dinafikan. Pegawai yang bernama Mohd Nordin itu cuba menghubungi Tajudin sekali lagi setelah didesak oleh kami.

Kali ini Nordin memberitahu kami bahawa Tajudin hanya membenarkan 3 orang sahaj berjumpa dengannya. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mengakibatkan suasana kecoh dan agak tegang. Pelawat biasa yang keluar masuk melihat kekecohan yang berlaku dan ini pasti memalukan JPM Malaysia. Kami terus mendesak agar sekurang-kurangnya 11 orang dibenarkan masuk iaitu seorang wakil setiap keluarga dan seorang jurucakap. Kami juga mendesak, jika tak boleh juga, suruh Tajudin itu sendiri turun berjumpa dengan kami.

Melihat suasana bertambah kecoh dan tegang, pegawai tersebut cuba berunding lagi dengan Tajudin. Ketika inilah anggota polis bertambah ramai dan turut sama hadir memeriahkan majlis ialah OCPD Putrajaya. Beliau cuba berunding dengan kami, namun kami masih berkeras untuk bertemu sendiri dengan SU Sulit TPM.

Akhirnya setelah hampir sejam menunggu di pejabat pengawal keselamatan itu, barulah setiausaha sulit TPM, Tajudin turun bertemu kami. Dengan wajah yang agak gugup, beliau menerima memorandum tersebut daripada Puan Aliza Jaffar,isteri Saari Sungib. Ketika itulah semua ahli rombongan menyatakan harapan mereka di samping mengkritik layanan yang diterima oleh mereka.

Beberapa minit selepas perjumpaan dengan Tajudin tersebut, turun pula wakil PM, Timbalan Setiausaha Sulit PM, Elias. Kali ni beliau turun dengan wajah yang lebih takut lagi dan gelabah untuk bertemu dengan kami. Memorandum ini diserahkan oleh Puan Aishah, ibu Ezam Mohd Noor. Elias dilihat tergesa-gesa dan seolah-olah ingin segera menamatkan pertemuan tersebut.

Peristiwa yang berlaku hari ini benar-benar memalukan sistem pentadbiran kerajaan Malaysia. Ketika kekecohan dan pertelingkahan kami dengan Nordin tersebut, semua jurugambar merakamkan peristiwa tersebut. Alamatnya buruklah imej pentadbiran Putrajaya di mata dunia.

Kemudian, si Nordin tadi meminta maaf kepada kami dan menyatakan bahawa beliau menjalankan tugas. Dia juga mendedahkan bahawa tindakannya menghalang kami masuk ke dalam pejabat pengawal keselamatan itu dan bertemu kami di tengah panas terik adalah ARAHAN PIHAK ATASAN!!!!!!

Nah, nampak segala kepincangan mereka dan betapa takutnya mereka untuk berhadapan dengan rakyat. 

-spycather-
03/05/01