Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


Bukit Aman Pula Buat Kecoh!!!!


Selepas berlaku kekecohan di parlimen dan putrajaya, kedatangan rombongan keluarga-keluarga tahanan ISA dan rakyat yang mengiring ke Bukit Aman juga disambut dengan kekecohan.

Kira-kira jam 2.30 petang, selepas meninaikan solat Jumaat, orang ramai telah berkumpul di pintu utama Bukit Aman. Kemudian setelah hampir semua keluarga tahanan tiba, kami pun bergerak ke pondok pengawal untuk mendapatkan pas pelawat untuk masuk ke dalam. Tujuan kedatangan kami ke bukit aman adalah untuk bertemu dengan IGP, Norian Mai untuk menyerahkan memorandum supaya membebaskan 10 tahanan ISA dengan segera.

Namun seperti yang dijangka dan selalu berlaku setiap kali kami ke bukit aman, ialah tak dibenarkan masuk. Setelah bertelagah dengan pegawai di pondok keselamatan itu, beliau memanggil pegawai yang lebih tinggi lagi ke pondok tersebut untuk berunding dengan kami.

Setelah beberapa ketika, turunlah DSP Joon(seorang wanita cina), Pegawai Perhubungan Bukit Aman. Dengan nada yang cukup angkuh dan sombong, dia bagitau kami yang hanya 5 orang saja dibenarkan masuk. Dan dia sendiri yang akan menerima memo tersebut kerana tiada seorang pun pegawai atasan yang berada di pejabat. Dia juga mengugut....."kalau tak mau 5 orang, tak payah serah memo langsung".

Ketika sesi penyerahan memo itu yang diwakili oleh Puan Bahirah(isteri Ezam), Puan Aliza(isteri Saari), Puan Fatimah(isteri Pak Din), Pak Amjal(ayah saudara Hishamuddin) dan seorang wakil, Ahmad Zaki Yamani. Wakil-wakil yang lain terpaksa menunggu di luar pagar bukit aman.

Satu persoalan yang diutarakan ialah, DSP Joon tu cakap yang tiada seorang pegawai tertinggi pun berada di pejabat ketika itu. Dia juga menyatakan yang dia diarahkan untuk menerima memorandum itu bagi pihak IGP atau Timbalan IGP atau Ketua SB. Bagaimana arahan boleh dikeluarkan jika orang yang ingin memberi arahan itu tiada di situ???????Nampak sangat yang cik Joon(tak kawin lagi tuu) ni mennnipuu!!!!!!!!!

Nampaknya begitulah yang berlaku setiap kali memorandum ingin diserahkan kepada pegawai kerajaan ini. Semuanya takut untuk berhadapan dengan realiti sebenar rakyat Malaysia.

-spycather-
4/5/2001