Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


Toleransi beragama polisi PAS - Fadzil


KUALA LUMPUR, 3 Mei ( Hrkh) - Presiden PAS Dato' Fadzil Noor meminta
beberapa akhbar yang memutar belitkan fakta sehingga menggambarkan
PAS sebagai tidak toleran terhadap golongan bukan Islam membetulkan
laporan mereka atau menghadapi tindakan undang-undang.

Beliau merujuk kepada laporan beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini
yang menuduh PAS akan meruntuhkan "semua patung patung agama lain
jika ia memerintah".

Kenyataan itu didakwa dibuat oleh ketua 'whip' pembangkang di Dewan
Undangan Negeri Pahang Ustaz Idris Omar.Beliau ialah ADUN Semantan
dari PAS.

Apa yang berlaku di Dewan Undangan Pahang semalam kata Ustaz Fadzil
ialah perdebatan dan penjelasan biasa mengenai isu yang dibangkitkan
oleh wakil Barsian nasional.

"ADUN MCA yang mengucapkan kata-kata bahawa ...sekiranya PAS
memerintah,adalah dipercayai segala patung-patung bukan Islam
termasuk tugu peringatan nenek moyang kita akan dimusnahkan," kata
Ustaz Fadil.

Ucapan seperti itu kata beliau "amat tidak bertanggungjawab dan satu
insinuasi yang bahaya".

Menurut Ustaz Fadil, wakil PAS tidak pernah membuat kenyataan seperti
yang dilaporkan dalam akhbar.

"Ini adalah putar belit berita yang boleh membawa kepada
pertelingkahan kaum," kata beliau.

Tindakan ADUN BN dan akhbar akhbar ini katanya lagi amat tidak
bertanggungjawab dan berbahaya kepada perpaduan kaum.

Laporan sepert itu juga seakan-akan menggambarkan "sikap PAS sama
degan kerajaan Taliban di Afghanistan" yang dikecam hebat baru-baru
ini atas isu meruntuhkan patung Budha.

"Kami menuntut supaya akhbar tersebut membetulkan laporannya dan
merujuk kepada kepada keseluruhan catatan dalam sidang Dewan Undangan
Negeri Pahang semalam," kata beliau.

Menurut Ustaz Fadil akhbar akhbar itu juga mesti meminta maaf atas
keterlanjuran mereka atau menghadapi tindakan undang undang.

"Saya telah mengarahkan Ustaz Idris membuat penjelasan dan mengambil
langkah menjernihkan keadaan" kata beliau. (Sila rujuk laporan Patung
hanya dilarang di kalangan penganut Islam - Idris Omar)

Ustaz Fadil berharap insiden seperti ini tidak berulang dala
masyarakat majmuk "yang sedang kita sepadukan bersama melaluli usaha
Barisan Alternatif".

Beliau menegaskan PAS melaksanakan dasar keharmonian dan kebebasan
beragama sepanjang kewujudan samada dalam keadaan "parti kami menang
ataupun tidak menang dalam pilihan raya".

Ini kata beliau terbukti di dua negeri yang diperintah Barisan
Alternatif dimana PAS menjadi parti tulang belakangnya.

Kedua-dua kerajaan negeri itu kata beliau memelihara keamanan dan
perpaduan melalui keadilan dan keprihatinan tinggi terhadap setiap
penduduk yang berlainan bangsa dan agama.

"Belum ada dalam sejarah pentadbiran kedua-dua negeri ini sebarang
masalah timbul yang berkaitan dengan agama atau bangsa atau budaya",
kata Ustaz Fadzil.