Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Nasional Negeri Terengganu
    (Khamis, 7 September 2000)


    Pembayaran Royalti Minyak Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

    Parti KeADILan Nasional Negeri Terengganu memandang serius pencabulan perjanjian diantara Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam pembayaran Royalti Minyak kepada kerajaan Negeri Terengganu.

    Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengheret Petronas dalam kancah agenda politik parti memerintah yang menjejaskan kredibiliti sebuah organisasi terulung negara. Apatah lagi Petronas merupakan sebuah syarikat "multinasional" kebanggaan negara.

    Petronas memeterai pelbagai perjanjian dengan pelbagai kerajaan dan organisasi baik dalam maupun luar negara di serata dunia. Sekiranya Petronas boleh dipaksa mencabuli perjanjian dengan kerajaan Negeri Terengganu, maka ini memberi ruang kepada mana-mana kerajaan atau organisasi untuk berbuat perkara yang sama terhadap Petronas.

    Adalah menghairankan sedang Perdana Menteri Malaysia melaung-laungkan penindasan, ketidakadilan, eksploitasi ekonomi dan sikap berat sebelah negara Barat terhadap dunia negara ketiga, dalam masa yang sama kerajaan Malaysia bertindak menidakkan hak rakyat Negeri Terengganu mendapat pembayaran Royalti Minyak hasil pengeluaran bumi mereka yang sudah termeterai dengan Petronas. Bukankah ini satu penindasan ekonomi terhadap rakyat Negeri Terengganu?

    Apakah Perdana Menteri Malaysia mengharapkan suara beliau didengari dan dihormati oleh dunia luar sedangkan beliau sendiri tidak melaksanakan apa yang dilaung-laungkan didalam negara sendiri. Jangan salahkan orang lain sekiranya beliau tidak dihormati baik didalam maupun di luar negara kerana beliau sendirilah yang tidak menghormati hak rakyatnya sendiri. Sekiranya alasan yang diberikan ialah bahawa Kerajaan

    Barisan Alternatif Negeri Terengganu tidak boleh diharapkan dalam penggunaan hasil royalti minyak dan membangunkan Negeri Terengganu, maka ingin dijelaskan bahawa rakyat Negeri Terengganu telah memberi mandat selama 42 tahun kepada Barisan Nasional memerintah. Hasilnya Negeri Terengganu merupakan negeri termundur dalam negara. Laporan terbaru Bank Dunia membuktikan sehingga Oktober 1999 Negeri Terengganu merupakan negeri termiskin dalam negara.

    Parti Keadilan Nasional Negeri Terengganu meminta Kerajaan Pusat menghormati kehendak rakyat Negeri Terengganu memilih Barisan Alternatif untuk memerintah dan melaksanakan pembangunan untuk mereka tanpa ditindas dan menidakkan hak mereka sebagai rakyat negeri yang bersekutu dengan Kerajaan Persekutuan sepertimana yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Berilah peluang kepada rakyat Negeri Terengganu menikmati pembangunan dibawah kerajaan yang dipilih oleh mereka sendiri.

    Parti KeADILan Nasional Negeri Terengganu juga mengharapkan Petronas menghormati perjanjian dengan Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyalurkan hasil royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu agar kewibawaan dan kredibiliti Syarikat terulung Negara terpelihara.

    Y.B. Abd Rahman Bin Yusof
    Ahli Parlimen Kemaman
    Merangkap
    Pengerusi Perhubungan
    Parti Keadilan Nasional
    Negeri Terengganu


    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster