Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA
    SIDANG MEDIA DI MINT HOTEL DAN DELEGASI PENYERAHAN
    PERMOHONAN MENYEWA STADIUM BUKIT JALIL PADA 20 SEPTEMBER 2000

     

    Sempena menyambut Bulan Reformasi 2000 dan bagi memenuhi aspirasi 100,000 rakyat untuk berhimpun secara aman di Stadium Bukit Jalil, satu sidang media besar-besaran akan diadakan. Sidang media ini adalah ekoran daripada penolakan pihak perbadanan terhadap permohonan Jawatankuasa Khas Bulan Reformasi untuk menyewa kemudahan tersebut pada 6 September lalu.

    Permohonan semula telah dibuat melalui surat terus kepada Menteri Belia dan Sukan pada 11 September.Sidang media yang bakal dihadiri oleh beberapa media tempatan dan luar negara ini akan diadakan di Hotel Mint, the Mines, Sungai Besi pada pukul 12:00 tengahari, 20 September.

    Sejurus selepas sidang media tersebut, satu delegasi akan dihantar untuk menyerahkan sekali lagi borang permohonan menyewa kemudahan dan tempat di Stadium Bukit Jalil. Tujuan penyewaan itu adalah bagi menganjurkan Perhimpunan Rakyat Bulan Reformasi 2000. Delegasi dijangka tiba di pejabat Perbadanan Kompleks Sukan Negara pada pukul 2:15 petang.

    Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru para penyokong reformasi di kalangan parti-parti politik Barisan Alternatif serta rakyat semua untuk bersama-sama menyertai delegasi ini.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    11 September 2000

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster