Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Surat Pengerusi Bulan Reformasi Kepada Menteri Belia dan Sukan
    (Isnin, 11 September 2000)


    Parti KeADILan Nasional,Ibu Pejabat,
    No. 101 & 201, Block A, Pusat Dagangan Phileo Damansara II
    No. 15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia
    11 September 2000

    Y.B. Dato’ Hishammuddin Bin Tun Hussein,Menteri Belia dan Sukan Malaysia,
    Kementerian Belia dan Sukan,
    Jalan Dato’ Onn,
    50570 Kuala Lumpur.

    Y.B.,
    Per.: Permohonan Menyewa Kemudahan di Stadium Bukit Jalil

    Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan segala hormatnya saya memohon kebenaran daripada pihak Y.B untuk menyewa kemudahan di Stadium Bukit Jalil bagi mengadakan suatu Perhimpunan Rakyat pada 19 September 2000.

    Surat permohonan ini dibuat sebagai susulan kepada penolakan permohonan saya yang diajukan kepada Perbadanan Stadium Merdeka Kompleks Sukan Negara. Permohonan tersebut yang diserahkan pada 6 September 2000 telah ditolak oleh En. Abu Bakar Kasim, Pengurus perbadanan tersebut, pada hari yang sama tanpa mengemukakan sebarang sebab.

    Kemudahan yang ada di Stadium Bukit Jalil adalah amat penting bagi merealisasikan hasrat sebahagian besar rakyat negara ini untuk berhimpun secara aman sebagai menyambut Bulan Reformasi 2000. Tarikh yang dipilih pada 19 September 2000 pula bertujuan untuk mengingati tarikh 20 September 1998 yang menyaksikan lautan rakyat berhimpun secara sukarela dan aman di Masjid Negara dan Dataran Merdeka.

    Saya bagi pihak penganjur memberi jaminan bahawa Perhimpunan Rakyat Stadium Bukit Jalil ini adalah satu perhimpunan aman. Kami akan menasihati para penyokong agar bertingkahlaku penuh tanggungjawab dan disiplin semasa menghadiri perhimpunan ini.

    Demi sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, saya memohon pihak Y.B. memberikan laluan kepada kami untuk menyewa kemudahan tersebut. Pemakluman segera daripada pihak Y.B adalah amat saya harapkan. Sekian. Terima kasih.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional


    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster