Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


Wahai Norian Maiiii!!!!!


Gerakan Reformasi hari ini dikejutkan dengan satu kenyataan bodoh dan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh seorang Ketua Polis Negara. Kenyataan itu jelas menunjukkan sikap tidak profesional Norian Mai dalam melaksanakan tugasannya.

Memetik kenyataan beliau :-

    Melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan bahan letupan termasuk bom dan pelancar granit

    Menggunakan bom petrol(molotov cocktail), 'ball bearing' serta pelbagai senjata berbahayauntuk menyerang pasukan keselamatan ketika demonstrasi di ibu negara pada Oktober 1998

    Mendapatkan bantuan guru silat serta mempengaruhi sebilangan bekas pengawal dan anggota keselamatan supaya menyertai mereka.

Rakyat menganggap kenyataan berbaur fitnah sebegini jelas memperlihatkan pimpinan atasan yang sudah terdesak dengan kebangkitan rakyat. Jika dilihat balik kenyataan Norian ini, jelas menunjukkan kekeringan idea mereka. Apa pasal pula cerita tahun 1998 diungkit semula?????

Dan satu perkara yang kelakar lagi ialah, kalau dah nak dapatkan bom, pelancar granit, molotov cocktail dan apa-apa sajalah, mengapa perlu lagi dipanggil guru silat????Tak cukup lagi ke dengan senjata tersebut sampai perlu panggil guru silat?????Nampak sangat bodohnya kenyataan tersebut.

Oleh itu, kita mencabar Norian supaya membuktikan kenyataannya itu. Jika tiada bukti, beliau hendaklah  menarik balik kenyataannya itu dan meminta maaf secara terbuka di atas kenyataannya yang bodoh itu. Cakap saja, bukti tadak!!!!!

Jumpa 14 April!!!!

Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster