Make your own free website on Tripod.com
Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


TERKINI :- PERPINDAHAN TEMPAT PERBICARAAN DSAI KE SUNGAI BULOH


TERKINI :- PERPINDAHAN TEMPAT PERBICARAAN DSAI KE SUNGAI BULOH.

JABATAN PEGUAM NEGARA TELAH MENYERAHKAN NOTIS PERBICARAAN DSAI TEPAT JAM 4.30 PETANG KEPADA PEGUAM BELA DSAI MENGENAI PERPINDAHAN TEMPAT PERBICARAAN DARI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR KE PENJARA SUNGAI BULUH PADA 12HB.MEI.2001 (SABTU) JAM 9.00 PAGI.

JABATAN PEGUAM NEGARA JUGA TELAH MELANTIK HAKIM GULA-GULA HACKS (AUGUSTINE PAUL) SEBAGAI HAKIM UNTUK MENDENGAR KES DSAI YANG AKAN DI BICARAKAN BESOK.

1. KITA MASIH TIDAK TAHU SAMA ADA PIHAK KERAJAAN UMNO@BN TELAH MENGISTIHARKAN PENJARA SUNGAI BULUH SEBAGAI MAHKAMAH. JIKA IA MASIH TIDAK DI ISTIHARKAN SEBAGAI MAHKAMAH, INI ADALAH SATU PELANGARAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.

2. KITA MELIHAT HAKIM AUGUSTINE PAUL ADALAH HAKIM YANG YANG TIDAK RELEVEN DAN TIDAK BERWIBAWA KERANA BELIAU TELAH MENGENDALIKAN KES DSAI YANG TERDAHULU, DAN IA PASTI TERPENGARUH DENGAN FAKTA KES YANG TERDAHULU.

3. PIHAK PEGUAMBELA DINAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MENYEMAK PENGISTIHARAN PENJARA SEBAGAI MAHKAMAH DAN MASA NOTIS DIBERI ADALAH TELAH TAMAT TEMPOH WAKTU PEJABAT UNTUK MEMBUAT TINDAKAN SELANJUTNYA.

KEPADA REFORMIS DAN PENDOKONG BA ADALAH DISERU SUPAYA HADIR DI PENJARA SUNGAI BULUH UNTUK MENGIRINGI KELUARGA DAN PEGUAM DSAI PADA 8.30 PAGI BESOK UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA DSAI DAN BANTAHAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA YANG MEMPERMAIN-MAINKAN KELUHURAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA.

PSRAFHQ -
11/5/2001.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL