Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA BERSAMA : KENYATAAN MEDIA
    HARI KELUARGA OKT DI TAMAN TASIK TITIWANGSA
    1 OKTOBER 2000

     

    Sempena Bulan Reformasi 2000, banyak telah diperkatakan tentang sumbangan OKT, orang kena tahan dan orang kena tuduh. OKT telah turut terlibat memberi pengertian dan pengisian terhadap reformasi. Sejak Perhimpunan Rakyat di Masjid Negara dan Dataran Merdeka pada 20 September 1998 hingga hari ini, bilangan OKT adalah hampir 2000 orang. Mereka terdiri dari pelbagai kaum, lelaki dan wanita dari pelbagai peringkat umur.

    Sebahagian besar di kalangan OKT telah ditangkap dan ditahan ketika mereka sedang beredar setelah polis membuat arahan agar mereka meninggalkan tempat orang ramai berkumpul. Ada di kalangan OKT yang ditangkap ketika sedang berjalan menuju ke Masjid Negara. Ada pula di kalangan mereka yang ditahan ketika sedang mengambil wudhu’ atas dakwaan mereka akan melaksanakan solat hajat di Masjid Negara. Ada juga yang ditahan semata-mata kerana membawa beg yang di dalamnya terkandung pelekat reformasi dan pelekat potret Anwar Ibrahim. Tidak kurang pula OKT yang menjadi mangsa kepada keganasan polis.

    Apa yang sedihnya di atas tangkapan tersebut mereka terpaksa merengkok dalam lokap-lokap polis. Sebahagian mereka dibebaskan selepas disumbat dalam lokap polis beberapa hari dengan layanan yang amat menyedihkan. Sebahagian mereka pula telah dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan mengambil bahagian atau menganjurkan perhimpunan haram. Bilangan mereka yang telah diseret di mahkamah dengan pertuduhan sedemikian sehingga kini adalah melebihi 700 orang. Sebahagian daripada mereka hingga kini terpaksa berulang-alik ke mahkamah kerana sebutan tarikh kes mereka masih ditangguhkan.

    Namun, kita telah sama-sama menyaksikan semangat waja OKT dalam mempertahankan hak rakyat untuk berhimpun secara aman. OKT telah tampil memperjuangkan hak untuk berhimpun secara aman sebagai satu prinsip demokrasi yang wajib dipertahankan di negara ini. Keberanian mereka untuk terus memperjuangkan prinsip ini, dengan terus menghadiri perhimpunan-perhimpunan aman memberi pengertian dan pengisian yang penting kepada reformasi di negara ini. Kekentalan semangat mereka inilah yang terus menyuntikkan semangat dan laungan reformasi di negara ini.

    Jawatankuasa Bulan Reformasi Parti keADILan Nasional amat menghargai sumbangan OKT dalam memberi nafas yang bertenaga kepada reformasi di negara ini. Demikian juga, Parti keADILan Nasional amat menghargai sumbangan, tenaga dan penglibatan para peguam yang bertungkus lumus untuk membela dan membebaskan OKT dari lokap-lokap polis. Tidak lupa juga, Parti keADILan amat menghargai sumbangan para penjamin serta kaum keluarga OKT yang telah mengeluarkan wang ringgit untuk menjamin para OKT. Jasa kalian tetap dikenang.

    Di atas jasa dan pengorbanan OKT, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru OKT di seluruh negara untuk menghadiri Majlis Hari Keluarga OKT 2000 pada 1 Oktober di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula pukul 10:30 pagi hingga pukul 1:00 tengahari.

    Program ini berupa majlis solidariti OKT bersama-sama ahli keluarga mereka. Turut hadir juga dalam majlis tersebut adalah para peguam dan para penjamin yang telah banyak berbakti untuk membela nasib golongan OKT. Dijadualkan satu perutusan khas daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dibacakan bagi menghargai sumbangan OKT, para peguam serta para penjamin. Pelbagai acara untuk merapatkan silaturahim antara keluarga OKT akan dianjurkan.

    Setiap keluarga OKT diminta membawa bersama juadah dan minuman untuk dikongsi bersama-sama.

    Diminta semua OKT menghubungi nama-nama berikut untuk memberitahu kehadiran masing-masing:- Ng Lum Yong (012-3322373), Gobalakrishnan (019-9610613) dan Jona (017-3842599).

    Sdr. Ng Lum Yong, yang merupakan seorang OKT dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti keADILan Nasional akan berperanan sebagai Penyelaras Hari Keluarga OKT 2000.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    12 September 2000

     

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster