Make your own free website on Tripod.com
Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


AKHIRNYA MEREKA MENJADI “GILA” AKIBAT MAHATIRISME PHOBIA
         MAHATHIR DAN PAK LAH BERPERANG DALAM DIAM.
          Dengan penangkapan 7 orang TOKOH REFORMASI … dan dituduh bawah Seksyen 73 (1) Akta ISA
          1960 yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa perlu dibicarakan telah membuktikan pihak
          Kerajaan BN terutamanya UMNO@BN begitu tertekan akibat kesedaran rakyat marhaen serta tewas
          dalam percaturan politik di Malaysia.

          Tuduhan pihak POLIS telah membuktikan mereka sendiri tiada bukti dan hanya cuba menipu fakta
          sebenar penangkapan 7 Orang TOKOH REFORMASI di bawah akta “ GILA “ ISA :-

          a) Para REFORMIS dituduh akan melancarkan serangan militan (ketenteraan) terhadap kerajaan BN
          dengan menggunakan pelancar roket, senjata api, bom api, senjata tajam serta menggulingkan kerajaan
          melalui demonstrasi jalanan. ( Pertuduhan yang sama terhadap Al-Maunah )

          b) Para REFORMIS dituduh mengadakan pakatan dengan Persatuan Silat dan Bekas Anggota
          Keselamatan untuk menggulingkan kerajaan BN.

          Tetapi masih ramai rakyat marhaen tidak tahu punca dan masalah sebenarnya yang berlaku di antara
          Mahathir@Mahafiraun dan Pak Lah Badawi secara dalaman. Tindakan menangkap 7 orang tokoh
          REFORMASI adalah agenda kotor Mahathir@Mahafiraun untuk mencemarkan imej Pak Lah supaya
          teruk lantas dibenci oleh rakyat marhaen.

          Kita lihat fakta yang menyebabkan kepimpinan kedua orang ini menjadi gawat sakan :-

          1. Pak Lah Badwi sendiri mengaku dihadapan pemberita di Lobi Parlimen bahawa mereka yang ditahan
          bukan di bawah akta ISA …sekiranya bawah akta ISA … beliau sendiri wajib menandatangani surat
          penahanan tersebut .. Sedangkan beliau sendiri tidak menandatangani surat tersebut dan tidak tahu
          tentang penahanan mereka bawah akta ISA….???

          2. Kini telah terbukti kuasa Mnteri Dalam Negeri yang di sandang oleh Pak Lah Badawi .. .Sebenarnya
          hanya proxy … Dan beliau sendiri langsung tidak berkuasa dalam kementeriannya .. Kerana ada
          tangan ajaib yang boleh mengarahkan dan bertindak tanpa perlu merujuk kepada Pak Lah
          Badawi…..???

          3. Pak Lah sendiri telah merancang mengambil alih kuasa Presiden UMNO@BN daripada
          Mahathir@Mahafiraun dengan menaja hampir 90% calon AJK cawangan dan Bahagian UMNO@BN
          yang telah bersidang baru-baru ini … di mana hampir keseluruhan calon tajaannya berjaya menjadi
          Ketua dan Ajk dalam pertandingan tersebut.

          4. Pak Lah juga telah bersedia dengan TEAM Kabinetnya sendiri .. Kerana hampir 70% anggota
          kabinet yang ada sekarang adalah orang Pak Lah .. Begitu juga Ketua Jabatan dalam Kerajaan BN
          telah menerima arahan terus dari Pak Lah secara sulit.

          5. Pak Lah juga telah bermain kayu tiga dengan para pemimpin BN dengan mencemarkan imej
          Mahathir@Mahafirauan dalam usahanya mempengaruhi pemimpin parti kompenan BN supaya
          menyokongnya.

          6. Pak Lah sendiri telah mengarahkan FRU menyerang penduduk Kubang Pasu di dalam program
          ceramah BA … Dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah dan imej Mahathir@Mahafiraun dikalangan
          pengundinya serta orang kampung…..!!!!!

          7. Pak Lah sendiri telah memerangkap Mahathir@Mahafiraun melalui rakan baiknya Datuk Aziz
          Shamsudin untuk melancarkan konspirasi terhadap DSAI … Dengan ini imej Mahathir@Mahafiraun di
          lihat sebagai orang yang bertanggungjawab dalam usaha menjatuhkan DSAI.

          8. Pak Lah secara peribadinya mempunyai permusuhan yang amat mendalam terhadap DSAI sejak di
          bangku sekolah lagi …. Dan sewaktu pengharaman UMNO (lama) .. permusuhan ini bertambah parah
          …Dengan tipu-muslihat Pak Lah dan rakan-rakanya beliau berjaya kembali dalam kabinet
          Mahathir@Mahafiraun …Dalam masa inilah rakan-rakan Pak Lah memainkan peranan untuk
          memancing Mahathir@Mahafiraun agar percaya dan turut terjebak dalam pakatan jahat menjatuhkan
          DSAI serta memerangkap dirinya sendiri…….????

          9. Tindakkan Pak Lah meminta Mahathir@Mahafiraun meletak jawatan Perdana Menteri pada bulan
          JUN, 2001 melalui Daim Zainuddin, benar-benar menaikkan darah Mahathir@Mahafiraun .. Kerana
          beliau hanya mahu bercuti dan bukannya nak meletak jawatan ……. Bagi Mahathir@Mahafiraun
          perbuatan Pak Lah itu satu perbuatan biadab serta luar jangkaannya … Kerana 3 timbalan perdana
          menteri sebelum ini tidak pernahpun menyuarakan agar beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri.

          10. Pak Lah berhasrat menjadi HERO RAKYAT jika Mahathir@Mahafiraun meletakkan jawatannya,
          dengan menangkap dan mendakwa Mahathir@Mahafiraun melalui laporan polis yang dibuat oleh orang
          ramai dan pemimpin BA …. Dengan cara ini Pak Lah akan berjaya mengalihkan pandangan serta
          menjadi HERO rakyat marhaen bahawa Mahathir@Mahafiraun adalah orang yang benar-benar
          bersalah dalam konspirasi menjatuhkan DSAI dan kerosakan diMalaysia …. Dan Pak Lah boleh cuci
          tangan serta terus melaksanakan agenda mendera serta menghina DS! AI.

          11. Datuk Fauzi… Adun Beserah digunakan untuk mencemarkan imej Mahathir@Mahafiraun oleh Pak
          Lah …. Dengan membuat laporan POLIS ke atas salah laku Khalil Yaakob ……????? Dan kita masih
          menunggu siasatan lanjut yang tak kunjung tiba.…..????? Kerana kes Etiba boleh diambil tindakan tak
          sampai 3 jam dari waktu laporan dibuat oleh Pemuda UMNO@BN .

          12. Kini pertembungan kuasa antara Mahathir@Mahafiraun telah menjadi satu medan pergolakan
          politik dalaman Kerajaan UMNO@BN …..????? Kerana Mahathir@Mahafiraun sendiri tidak lagi
          mempercayai sesiapapun dalam kabinet serta agensi kerajaan termasuk dirinya sendiri……!!!!!!

          13. Tekanan pihak BA telah menambahkan kegawatan kuasa politik UMNO@BN ….. Dan 7 orang
          REFORMIS ini ditahan sebagai kambing hitam dalam usaha Mahathir@Mahafiraun menyelamatkan
          diri serta menjatuhkan Pak Lah Badawi.

          14. Pergolakan dalaman Mahathir@Mahafiraun dan Pak Lah kini memungkinkan perkara-perkara di
          luar jangkaan akan berlaku di Malaysia ……. Pak Lah sendiri telah memainkan perananya dengan
          negara luar sewaktu menjadi menteri luadahulunya … Ini juga amat menggusarkan
          Mahathir@Mahafiraun kerana imejnya telah jatuh diperingkat antarabangsa.

          15. Tindakkan MAGERAN seperti yang kami laporkan semasa isu Kg.Medan .. Tidak mustahil berlaku
          … Kerana inilah peluang terbaik untuk Mahathir@Mahafiraun terus berkuasa serta memusnahkan
          bukti dan fakta tentang segala kepincangan serta kesalahan kroni dan anak-anak
          Mahathir@Mahafiraun apabila MAGERAN di istiharkan. Di waktu MAGERAN ini juga semua musuh
          politik Mahathir@Mahafiraun akan hilang tanpa dikesan oleh mana-mana pihak.

          Kini kita boleh melihat segala perancangan buruk Mahathir@Mahafiraun dan Pak Lah ini mula
          terbongkar satu per satu akibat ketamakkan mereka sendiri …. ????? Ini telah membuktikan Pak Lah
          lebih bernafsu besar dari Mahathir@Mahafiraun dalam merosakkan serta merampas hak rakyat
          marhaen di Malaysia.

          Segala perancangan yang buruk lagi keji ini … Pasti akan didedahkan oleh mereka sendiri … Kerana
          Allah swt maha adil dan saksama …. Perbuatan jahat pasti akan dibalas jahat … Kini buku telah
          bertemu ruas ….. Pak Lah dan Mahathir@Mahafiraun kini menunggu masa untuk meletupkan BISUL
          BESAR mereka.


          SILA SEBARKAN KEPADA PARA REFORMIS DAN PENDOKONG BA
          “ JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT HADAPI RISIKO”

          Allah Swt Sentiasa Bersama Orang-orang Yang Beriman dan Bertaqwa Kepadanya.

          Allah Hu Akbar…!!!! Allah Hu Akbar…..!!!! Allah Hu Akbar…..!!!!!
          Reformasi…..!!!! Reformasi……!!!! Reformasi……!!!!!

          PSARAFHQ – 12/4/2001.
          @

REFORMASI & ISLAH

KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL