Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


DSAI BERJAYA BUKTIKAN DIA DIFITNAH


DSAI SELAMA INI TELAH MENJADI MANGSA FITNAH OLEH JABATAN PEGUAM NEGARA DAN PARA KONSPIRATOR. JABATAN PEGUAM NEGARA akhirnya terpaksa akur bahawa selama ini tiada kes rasuah dan salah-laku seks terhadap DSAI, apa yang ada hanyalah konspirasi politik peringkat tertinggi dan tipu muslihat Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya terhadap DSAI.

Dengan gagalnya pihak pendakwaraya membuktikan 5 kes DSAI yang digugurkan pertuduhanya di mahkamah tinggi sementara di Penjara Sungai Buluh hari ini ….. sehinggakan terpaksa menarik balik pertuduhan ke atas kelima-lima kes tersebut, telah terbukti segala tuduhan dan bukti palsu yang dikemukan pada kes 6 tahun penjara dan 9 tahun penjara terhadap DSAI adalah pembohongan semata-mata oleh Jabatan Peguam Negara dan para Konspirator serta perbuatan meliwat sistem perundangan mahkamah Malaysia oleh mereka yang berkepentingan politik dan gila kuasa.

Kelima-lima kes yang digugurkan berhubung-kait rapat dengan kedua-dua kes yang sedang DSAI jalanani hukumanya serta kes pengakuan paksa liwat Sukma dan Dr.Munawar yang dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan pada tahun 1999:-

1. Kelima-lima kes ini , 4 kes liwat dan 1 kes rasuah …. Adalah berkait rapat serta bersangkutan dengan VCD HARAM PENGAKUAN SAKSI KES LIWAT DAN SEKS (bahan bukti Polis Bukit Aman ) yang diedarkan oleh Mahathir@Mahafiraun sewaktu perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO@BN di Putra Jaya baru-baru ini. Dimana dalam VCD HARAM ini pengakuan paksa Sdr.Sukma, Perbualan Palsu DSAI dan Sdr.Meor, Pengakuan paksa Dr.Munawar serta keterangan saksi-saksi palsu yang terdapat 4 siri VCD HARAM tersebut.

2. Kelima-lima kes ini , 4 kes liwat dan 1 kes rasuah ….. dimana dua kes liwat ini adalah pengakuan paksa oleh pihak polis@anjing terhadap sdr.sukma dan dr,munawar yang telah menjalani hukuman penjara 6 bulan kerana membenarkan DSAI meliwat mereka. Mengikut fakta kes ini, pihak mahkamah tinggi tiada pilihan lain, melainkan membuka semula fail kes liwat SUKMA dan DR.MUNAWAR yang pihak mahkamah telah bersalah menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua mangsa ini, kerana pihak polis@anjing dan jabatan peguam negara telah memaksa mereka berdua untuk membuat pengakuan palsu dalam usaha mengukuhkan fakta pertuduhan serta mempengaruhi mahkamah tinggi terhadap kes rasuah mengubah pengakuan AZIZAN dan UMI serta kes liwat AZIZAN yang menjadikan hukuman penjara 15 tahun keatas DSAI.

3. Kelima-lima kes ini , 4 kes liwat dan 1 kes rasuah …. Adalah berkait rapat serta bersangkutan dengan kes yang telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara oleh mahkamah gila Mahathir@Mahafiraun …… mengikut fakta kes terdahulu … dengan ini juga pihak mahkamah tinggi juga tiada pilihan lain, melainkan membuka semula fail dan membicarakan semula DSAI dalam kes rasuah " turning over " AZIZAN dan UMI serta kes Liwat terhadap AZIZAN yang melibatkan DSAI telah difitnah oleh saksi-saksi palsu para konspirator serta musuh-musuh politik DSAI. Kegagalan jabatan peguam negara untuk membawa kelima-lima kes ini telah membuktikan segala afidafit serta dokumen pertuduhan yang disediakan oleh Si Dugong Moktar Abdullah adalah fitnah semata-mata serta berniat jahat untuk memastikan DSAI mati didalam penjara atas arahan para konspirator dengan mengunakan Hakim Augustine Paul dan Ariffin Jaka dalam menentukan jumlah hukuman penjara 15 tahun terhadap DSAI apabila usaha si bapak ANJING RAHIM NOR untuk membunuh DSAI telah gagal di Bukit Aman pada 20hb.Sept.1998.

4. Kegagalan pihak Jabatan Peguam Negara mengemukakan bukti terhadap kelima-lima kes ini juga, serta tindakkan Pendakwaraya membatalkan kelima-lima pertuduhan terhadap DSAI bukanlah atas dasar peri-kemanusiaan tetapi ini telah membuktikan segala dokumen pertuduhan serta pengakuan saksi palsu dalam VCD HARAM memfitnah DSAI telah memerangkap Jabatan Peguam Negara serta Kerajaan UMNO@BN. Untuk mengelakkan kes ini menjadi isu antarabangsa serta isu tempatan ….. pihak pendakwaraya tiada pilihan lain selain dari mengugurkan kelima-lima kes ini dan mengakui mereka tiada mempunyai bukti dan fakta kes.

5. Dengan penarikkan semula kelima-lima pertuduhan terhadap DSAI hari ini oleh pihak Pendakwaraya dari Jabatan Peguam Negara …… telah menjadikan seluruh fakta dakwaan DSAI yang selama ini beliau difitnah serta diaibkan oleh para konspirator adalah benar sama sekali, dan pengakuan Mahathir@Mahafiraun yang beliau mempunyai segala fakta dan bukti kukuh tentang salah laku seks DSAI adalah pengakuan PALSU dan TIPU-BONTAN Mahathir@Mahafiraun terhadap seluruh rakyat dan bangsa Malaysia serta dunia.

6. Apa yang nyata sekarang …… Maruah dan kuasa kerajaan UMNO@BN telah diliwat sendiri oleh Jabatan Peguam Negara serta Jabatan POLIS@ANJING Mahathir@Mahafiraun , mereka kini tiada pilihan lain kini …… pihak Mahkamah Tinggi terpaksa mendakwa mereka-mereka yang bertanggung-jawap memfitnah serta mengaibkan DSAI dan Keluarganya dengan secepat mungkin. Pihak Mahkamah Tinggi juga hanya mempunyai dua pilihan terhadap 2 kes fitnah DSAI …. Membicarakan semula kes ini atau membebaskan DSAI tanpa syarat serta menghapuskan segala pertuduhan palsu tersebut.

Mulai hari seluruh rakyat marhaen wajib bersatu-padu mengembeling tenaga untuk memberikan penerangan kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia serta antarabangsa …… bahawa Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya adalah penderhaka negara Malaysia kerana telah mempermainkan Institutsi Kehakiman serta Perlembagaan Negara dengan menjadikan DSAI sebagai mangsa serta batu-loncatan untuk berkuasa dan merompak segala harta milik rakyat marhaen.

Kita juga menyeru kepada semua pihak untuk memberikan tekanan politik serta kemanusiaan terhadap kerajaan pimpinan UMNO@BN supaya mereka membubarkan seluruh Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Malaysia agar pilihanraya umum ke 11 boleh di laksanakan pada tahun 2001 ini juga, akibat perbuatan fintah terhadap DSAI serta penderhakaan mereka kepada negara Malaysia.

Adalah diseru kepada semua pejuang BA dan reformis … .masa dan saat yang ditunggu-tunggu telah tiba….. Kerajaan UMNO@BN serta pemimpinya wajib digulingkan serta dijatuh melalui pilihanraya umum ke 11 dengan dikawal 100% oleh angkatan tentera Malaysia serta 50% anggota polis yang jujur lagi telus tanpa membenarkan pihak SPR sebagai pengendali pilihanraya seperti dahulu.

Kita juga menyeru agar PENDERHAKA NEGARA ini dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin tanpa rasa belas kasihan akibat dari perbuatan jahat tangan-tangan zalim yang diketuai oleh Mahathir@Mahafiraun, Pak Lah, Daim, Tengku Adnan, Aziz Shamsudin, Megat Junid, Rahim Nor, Moktar Abdullah, Ariffin Jaka, Augustine Paul, Musa Hassan, Ghani & Wahab Patail, Norian Mai, Azizan, Umi, Khalid Jafri, Khairuddin, Rais Yatim, Zainuddin Maidin, Rahim King, Mohd Said Awang, para SB upahan dan FRU zalim dengan hukuman MATI DI TALI GANTUNG KERANA PERBUATAN MEREKA MENDERHAKA SERTA MEMUSNAHKAN NEGARA MALAYSIA.

" SILA SEBARKAN KESELURUH NEGARA "

PSRAFHQ -
12/5/2001 - 11.00 malam
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL