Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    CERAMAH RAKYAT PERMATANG PAUH
    Ahad 10 Sep 2000,
    Samagagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

    Bertempat dalam kawasan pekan, di padang permainan taman perumahan, Permatang Pauh, seramai lebih kurang 30,000 orang hadir mendengar Ceramah Rakyat oleh En Lim Kit Siang, YB Datin Seri Azizah dan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

    Majlis dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis (PAS) dalam dua bahasa Melayu dan Tionghwa...satu tepukan gemuruh !!

    Sdr Lim Kit Siang mendedahkan perilaku Eric Chia yang mula berani bercakap melalui Strait Times Singapura dengan menyatakan beliau bersedia membuka kes beliau dengan syarat ia dibincang dalam mahkamah. Sdr Lim Kit Siang juga mendedahkan bahawa Malaysia di'gelap'kan daripada mendapat berita ekonomi dunia, di mana mengikut laporan Global Competition Rank kedudukan kompetitif Malaysia telah jatuh dari tempat ke-9 (1997) ke tempat ke-25 (2000. Berita ini tesebar luas diserata dunia termasuk Singapura, Thailand dan Filipina.

    YB Dr Wan Azizah menceritakan beliau sempat bertemu Sdr Anwar pada Khamis 7 Sep di Hosp Univ kerana Anwar Ibrahim 'dibenarkan' keluar 1 jam menziarahi Datin Mak Yan yang kena stroke. Anwar sempat berbuka puasa pada hari itu...

    YAB Tuan Guru Nik Aziz sentiasa mengingatkan rakyat agar berpegang kepada ajaran Islam. Beliau sempat menyatakan sebahagian perbincangan pertemuan di antara YAB Haji Hadi Awang mengenai royalti minyak. Masa zaman UMNO memerintah tidak timbul isu ini, hanya apabila PAS memerintah mahu disekat pemberian royalti.

    Akan datang.... 14 Sep, YB Dato' Hassan Ali di PP.

    Wassalam. 

    Hj Rashid Hasnon
    KeADILan Pulau Pinang
    13 September 2000

     

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster