Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA
    SUMPAH KERAMAT PEMUDA KEADILAN II DI PERLIS DAN KEDAH
    13 DAN 14 SEPTEMBER 2000

     

    Program Sumpah Keramat II anjuran Pemuda keADILan di bawah pimpinan Mohammad Ezam Mohd Nor yang berjalan seiring dengan Bulan Reformasi 2000 telah mendapat sambutan hebat daripada pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

    Sumpah Keramat II yang diadakan di Pasir Puteh, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sepanjang Bulan Reformasi ini telah masing-masing berjaya menghimpunkan kira-kira 30,000 orang penyokong dan pendukung reformasi.

    Sumpah Keramat ini nyata menyaksikan para pemuda keADILan beriltizam untuk;

    Pertama;
    Menegaskan bersama-sama rakyat bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah walaupun telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun

    Kedua;
    Berjanji untuk berjuang membebaskan Anwar Ibrahim dalam tempoh masa tidak lebih dari 15 bulan

    Ketiga;
    Berikrar untuk berdiri teguh berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dengan ikrar:-

    Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

    Menyedari, Negara Terus Dilanda Kezaliman
    Menginsafi, Umat Perlukan Perubahan
    Mengakui, Keadilan Mesti Ditegakkan
    Maka - atas nama kemuliaan dan perjuangan
    Atas nama kesucian agama
    Atas nama kedaulatan negara
    Atas nama kehormatan Rakyat Jelata
    Kami bersumpah – Selagi ada bulan dan matahari
    Selagi hayat dikandung badan
    Keadilan tetap kami pertahankan
    Kebenaran tetap kami tegakkan
    Kezaliman tetap kami benamkan
    Pembohongan dan Sandiwara tetap kami hancurkan
    Jiwa dan nyawa kami taruhkan
    Inilah sumpah kami
    Sumpah Keramat, Pemuda keADILan


    Reformasi! Reformasi! Reformasi!

    Dengan ini Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru seluruh rakyat Perlis dan Kedah untuk turut serta dalam Sumnpah Keramat II Pemuda keADILan seperti berikut:

    13 September di KM 11, Jln Kaki Bukit, Beseri Perlis (9 malam)
    14 September di Markas Pas Bt. 10 Jeniang, Sik, Kedah (9 malam)

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    12 September 2000

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster