Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


Perancangan Terkini Memorandum Rakyat 14 April - BLACK 14


Dalam satu mesyuarat JK Memorandum Rakyat 14 April yang terkini, beberapa langkah-langkah dan strategi telah diputuskan untuk perjalanan program Black 14 ini.

Rakyat sekali lagi diingatkan untuk mengikut perancangan asal sepertimana yang diperoleh melalui poster, handbill dan kenyataan media jawatankuasa iaitu untuk berkumpul di pejabat SUHAKAM, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut pada jam 10.00 pagi.

1.  Tepat jam 10 pagi, semua rakyat diminta bergerak sehampir yang boleh dengan menara tersebut. Bergerak sehampir yang boleh ini bermaksud sebelum disekat oleh polis yang pasti mengadakan sekatan di situ. Kalau semua bergerak tepat pada masanya, kemungkinan besar polis tak dapat menghalang jumlah yang besar untuk berhimpun di kawasan menara tersebut.

Ingat......bergerak dalam kumpulan dan tepat pada masa.

2.  Jika rakyat tidak dapat berkumpul di Menara Tun Razak esok, arahan akan diberikan untuk berpindah ke tempat alternatif lain yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Tunggu dan dengar arahan selanjutnya.

Semua rakyat yang akan turun berhimpun juga dinasihatkan berhati-hati dengan agen-agen provokasi yang pasti muncul esok. Mereka ini akan membuat provokasi bagi menampung kenyataan IGP, Norian Mai tempoh hari. Jadi berhati-hati.

Ketika delegasi naik, rakyat yang berhimpun di bawah akan duduk dengan tenang dan secara aman sehinggalah delegasi turun. Jika polis arahkan bersurai, kita tak akan bersurai selagi belum mendapat pengesahan daripada delegasi berkenaan memorandum tersebut. Jika polis nak tahan sekalipun, kita takkan berganjak. Tahanlah semua sekali, sampai 2-3 buah trak polis!!!!!!!

 Kita nekad kali ini. Terus menerus Dr Mahader melakukan kezaliman. Sempena kita mengingati tarikh hitam ini, Dr Mahader terus menambah koleksi kezalimannya; Anwar masih terus-menerus difitnah, Anwar masih tidak diberikan perubatan, ISA masih digunakan, hak rakyat untuk berhimpun terus disekat.  

-spycatcher-
140401