Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA
    MENYERU SOKONGAN RAKYAT MENYAMBUT 20 SEPTEMBER 2000

    20 September adalah tarikh penting dalam Bulan Reformasi 2000. Ia adalah tarikh di mana rakyat telah datang membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka untuk menyahut seruan reformasi Anwar Ibrahim. Ia juga adalah tarikh Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua Polis Negara di Bukit Aman. Tarikh tersebut juga merupakan bermulanya Ops Dalil di mana wira-wira reformasi ditahan di bawah ISA.

    Bagi mengingati tarikh tersebut, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru para penyokong dan pendukung reformasi pada tarikh tersebut untuk:

    (1) Memasang bendera, poster dan pelekat sepanjang hari pada kenderaan masing-masing. Bendera dan pelekat ini termasuk bendera reformasi, PAS, KeADILan, DAP, PRM, kempen banteras ISA, pelekat mata lebam Anwar Ibrahim, pelekat lambaian reformasi Anwar Ibrahim dan seumpamanya.

    (2) Menyalakan lampu-lampu kenderaan, khususnya di jalan-jalanraya di Ibu Kota Kuala Lumpur dari pukul 1:00 tengahari hingga 2:00 petang.

    (3) Membunyikan hon kenderaan masing-masing sebanyak empat kali, bagi menandakan re-for-ma-si! setiap kali bertemu rakan seperjuangan, khususnya ketika melalui bangunan mahkamah

    (4) Memakai baju T, topi, bash, tag, riben putih dan lain-lain yang membawa mesej perjuangan sepanjang hari. Pakaian ini termasuk yang membawa lambang-lambang REFORMASI, KeADILan, PAS, DAP, PRM, kempen boikot media, Banteras ISA, SOS, No TOL, baju potret Anwar Ibrahim dan apa saja yang menggambarkan semarak perjuangan.

    (5) Memasang bendera dan poster parti-parti Barisan Alternatif di rumah atau bangunan kedai.

    (6) Mengirim sms melalui handfon kepada rakan-rakan dengan mesej:”20 September. Teruskan Reformasi”

    Jawatankuasa Bulan Reformasi amat menggalakkan para pendukung reformasi yang beragama Islam untuk menganjurkan solat hajat berjamaah pada malam 20 September tersebut.

    Jawatankuasa Bulan Reformasi juga meminta kerjasama daripada semua webmasters laman-laman reformasi untuk membuat “countdown” tarikh tersebut bermula dari 15 September.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    14 September 2000
    http://bulanreformasi.tripod.com

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster