Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Pesta Tanglung Di Bukit Damansara

    Di bawah naungan bulan, Pesta Tanglung di Bukit Damansara telah berjalan dengan lancar. Seramai lebih kurang 250 orang dari berbilang kaum telah menyertai sambutan pesta ini. Sambutan telah bermula pada pukul 9.00 malam dan bersurai lebih kurang 10.45 malam.

    Ucapan telah disampaikan oleh beberapa orang tokoh termasuk YBhg. Datuk Wan Ismail, Saudara Tian Chua( Naib Presiden - KeADILan ) Puan Fuziah Salleh ( Ketua Wanita - KeADILan ) , Saudara Goh Keat Peng ( Ahli MPT - KeADILan ) Saudara Ng Lum Yong ( Ahli MPT - KeADILan ) dan juga Saudara Ronnie Liu ( DAP) .

    Kemuncak pertama pada pesta ini adalah pemotongan Kuih Bulan oleh YB Dr. Wan Azizah. YB Dr. Wan Azizah seterusnya membaca mesej yang terdapat di dalam kuih tersebut.

    Berdasarkan asal usul/sejarah Pesta Tanglung di mana rakyat di Negara Cina bangkit menentang kezaliman pemerintahan zalim Monghul, ucapan-ucapan yang disampai menekankan kepada perlunya menghidupkan semangat perjuangan menentang segala bentuk kezaliman yang sedang melanda negara kita ini. Re...for...ma...si.

    Pesta ini tiba kepada Kemuncak keduanya dengan YB Dr. Wan Azizah melepaskan perarakan tanglung tersebut. Para hadirin telah berarak secara aman di kawasan Bukit Damansara dengan membawa tanglung yang bercahaya menggambarkan cahaya keharmonian, keadilan dan kesejahteraan.

     

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster