Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


UIA BERKABUNG - 17HB APRIL 2001

 
Di istiharkan keseluruh negara dan dunia bahawa UIA dengan rasminya akan berkabung tanggal 17hb April 2001. Pada tanggal tragedi ini maruah UIA akan terkubur dan aspirasi perjuangannya akan terhina oleh tiga petualang agama dan bangsa yang paling jelik, paling kotor.

Seorang adalah penzina antarabangsa yang sudah membapakan anak luar nikah. Seorang lagi adalah penyamun harta rakyat dan diktator desperado. Seorang lagi pula adalah lawak dan kaki samseng negara. Maka lengkaplah penghinaan terhadap UIA. Maka berkabunglah warga UIA dan seluruh Umat Islam dan rakyat Malaysia.

Tidak ada lagi yang dapat diraikan, dibanggakan. UIA yang tersergam indah ini akan tercemar - dipalit dan disalut dek najis-najis mereka bertiga ini. Paling dahshat dan mengerunkan ialah masjid indah UIA yang lima hari sekali azan dan bacaan Quran di laungkan kini dinamakan dengan nama kaki zina yang membapakan anak luar nikah. Dahsat dan mengerunkan! Apakah tidak turun nanti laknat dan bala Allah Yang Maha Berkuasa keatas mereka yang terlibat menghina rumahNya ini?! Tentu Dia Yang Maha Mengetahui tahu siapa yang bertanggung jawab dan yang akan dipertanggung jawabkan.

Mudah-mudahan warga UIA yang tidak terlibat tidak turut menerima balaNya nanti. Tapi barang perlu diingat, bila datang bala Allah, semua akan menerimanya, hatta cacing-cacing dan cicak-cicak sekali pun. Kenapa dibenarkan penghinaan yang sebagitu dahshat keatas Rumah Allah ini? Siapa yang tak tahu tentang angkara perbuatan sundal penzina ini - baik di dalam negeri mau pun diluar negeri. Tidak saorang pun warga UIA yang tidak tahu tentang cerita maksiat besar ini. Mahasiswa paling tahu, pensyarah sudah maklum jelas, pegawai pentadbiran sudah berbueh mulut menceritakannya, kakitangan awam sudah menghafal kisahnya.

Tak ada siapa yang tak tahu! Tidak kah bapak zina ini sedar bahawa beliau terkutuk dan dikutuk diseluruh negeri, apatah lagi warga UIA. Kalaulah masih ada lagi walau secebis pun harga diri dan maruah badan, eloklah lepaskan semua kedudukan yang disandang di UIA. Tidak cocok! Macam buaya memakai mahkota! Lawak dan hodoh!

Eloklah berundur saja. Awak sudah amat tidak layak! Di UIA pulak tu - bengkel ilmu dan iman. Tidak kah akan tersinggung, termalu, teraib besar nanti bila melihat sinar comohan dan kutukan terpancar tajam dalam mata warga UIA dan daif-daif jemputan, baik dari dalam negeri atau pun luar negeri, kerana semua sudah arif tentang najis yang awak pikul.

Nah - lihatlah dalam mata anak-anak muda, jenerasi warisan negara betapa terhinanya diri awak itu! Aduh - sungguh malang nasib awak - dan akan bertambah malang lagi bila menamakan sebuah masjid suci nama awak! Tergamak awak! Nasib, nasib! Apa kurangnya dengan diktator desperado itu. Setinggi mana terjulang namanya empat tahun dahulu, serendah itulah pulak terjunamnya namanya sekarang ini. Terhina dan dihina dek perbuatan sendiri. 

Kesian - nasib badan. Lihatlah dalam-dalam mata-mata orang-orang muda pendukung cita-cita agama, harapan negara dan pembela bangsa - bertapa terhinanya wajah awak! Tidak berlalu sehari pun, malah sesaat pun dimana diktator desperado ini tidak dikutuk, dicacimaki, lebih-lebih lagi oleh ahli-ahli UMNO sendiri! Maklumlah - pemusnah parti dan perjuangan bangsa - parti tempat nafkah dan punca rezeki ahli-ahli yang berharap. Musnah dek kerakusan seorang yang takut menjadi rakyat biasa. Kedua-dua diktator desperado dan bapak zina ini akan diring raikan oleh lawak negara.

Siapa lagi! Tengoklah nanti - terhangguk-angguk, tersengih-sengih, mengampu pintu rezeki beliau. Sandiwara pelakon-pelakon vetaran yang berbakat besar. Sebab bakat besar maka mereka menjadi mereka. Maka gelak jijiklah warga UIA melihat telatah jelik tiga lawak ini. Gelak sinis. Gelak takut. Apakah akan terangkat berkat Illahi dari UIA selepas ini? Apakah pimpinan-pimpinan UIA, pensyarah-pensyarah, pegawai-pegawai tadbir UIA, malah seluruh warga UIA termasuk mahasiswa dan alumninya sekali, sanggup melihat kecundangnya UIA, dan terangkatnya rahmat Illahi darinya?

Kalau ini berlaku, jangan persalahkan orang lain. Tanya diri sendiri - apakah yang anda sudah lakukan untuk menyelamatkan UIA, harapan masa depan Umat. Lebih serius lagi - apakah anda sendiri tidak bersubahat meruntuhkan UIA? Kalau anda bersubahat, maka awaslah - bagaimana rundumnya UIA nanti maka merundumlah juga nasib anda dunia dan akhirat.

Maka bertaubatlah dan undur diri daripada merosakan agama dan Umat. Undurlah dari semua jawatan yang akan mencemarkan iman dan amal. Ya - berkabunglah dan jangan berbangga. Berkabunglah diatas perasmian pemusnahan maruah dan perjuangan UIA! Maka 17hb April 2001 adalah hari berkabung warga UIA dan semua pendukung UIA.

PSARAFHQ hakrakyat@mymaxis.com.my  

REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL
REFORMASI & ISLAH KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL