Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


MMC IKUT TELUNJUK MAHADEV


Kemelut hak mendapatkan rawatan terbaik untuk DSAI telah berlarutan.Kemelut ini timbul kerana masing-masing individu tidak menghayati profesion masing-masing,tidak menghormati profesion teman sejawat,menepikan etika profesi dan tidak menghormati hak seorang pesakit.Tambahan pula individu yang memegang tampok pemerintahan telah menjadikan budaya gila kuasa,gila pangkat dan gila harta mengatasi profesion asal masing2 Mereka alpa akan profesi asal mereka setelah berkuasa.

 Sekurang-kurangnya ada 3 pelakon yang dapat dianggap sebagai “crook” dalam kes rawatan “slipped disc” yang dideritai DSAI . “Crook” pertama adalah sidiktataor tua Mahafiraun yang bernama Doktor Mahathir a/l Momahad Iskandar Kutty.Sidiktator tua itu adalah seorang doktor bertauliah dengan ijazah MBBS dari universiti di Singapura.Si diktator tua itu adalah seorang doktor yang berjaya di Kedah sebelum menjadi PM.Baru-baru ini ia mengakui bahawa ia lebih digemari rakyat ketika menjadi doktor tempohari berbanding sebagai PM sekarang ini yang sangat dimusuhi dan dilaknati rakyat. “Crook”

kedua adalah Dr.Yusof Yaakob ,ahli parlimen dari Sabah yang berkelulusan M.D daripada UKM. Kedua2 doktor ini pasti pernah diingatkan oleh universiti masing2 akan janji atau sumpah seorang doktor sebelum menerima ijazah akan “ Declaration of Geneva” ,1948. Antara lain Deklarasi itu menekankan:

1. Saya akan membaktikan hidup saya guna kepentingan perikemanusiaan.
2. Saya akan melindungi dan menghormati setiap insan
3. Saya akan menjalankan tugas saya dengan sebaik-baiknya sesuai dengan martabat pekerjaan saya.
4. Saya akan memperlakukan teman sejawat saya sebagaimana saya ingin diperlakukan 5. Saya tidak akan terpengaruh oleh pertimbangan keagamaan, kepartian politik,kebangsaan dan kedudukan taraf sosial dalam menunaikan keilmuan kewajiban saya terhadap pesakit.

 Jika dinilai ucapan dan tindakan Mahfiraun sebagai seorang doktor terhadap kes DSAI,apakah ia Mahafiraun boleh memenuhi kreteria –kreteria Deklarasi Geneva tersebut?.Apakah sudah Dr.Mahafiraun mengamalkan prinsip berperi kemanusiaan?.Apakah ia menghormati seorang insan yang dinamakan pesakit?.Apakah ia memperlakukan teman sejawatnya Dr.T.Hoogland dari Belanda sesuai dengan profesionnya?.Apakan tindakan Dr.Mahafiraun melarang DSAI untuk mendapatkan rawatan sebaik mungkin tidak berlandaskan pertimbangan perbezaan pendirian politik?.

Tindak tanduk Dr.Mahafiraun jelas menunjukkan ia adalah seorang doktor yang tidak perperi kemanusiaan terhadap DSAI .Semenjak DSAI ditangkap Septembar 1998 yang dicederakan mata kiri dan hampir menemui maut, Dr.Mahafiraun terus membuat kenyataan yang bersifat menyerang DSAI . Sesungguhnya seorang doktor tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sembrono tanpa memeriksa sendiri pesakit, lebih-lebih lagi pesakit itu bukan pesakitnya seperti DSAI. Pernah akhir tahun1998,Dr.Mahafiraun mendakwa DSAI mencederakan sendiri matanya dan terakhir Dr.Mahafiraun tanpa memeriksa DSAI mengatakan DSAI hanyalah sakit pinggang biasa.

Pakar dari Belanda,Dr.T.Hoogland dan pakar tempatan, Dr.Halili mengesahkan DSAI menderita “slipped disc” yang dalam keadaan sangat bahaya.Sebagai seorang doktor profesional Dr.Mahafiraun haruslah boleh membezakan kedua penyakit tersebut. Dr.Yusof Yaakob pula kelihatannya telah bersatu hati bersubahat demi periok nasinya dengan Dr.Mahafiraun yang mempertikaikan pandangan Dr.Hoogland berkaitan cara rawatan yang terbaik yang boleh diusahakannya untuk DSAI.

Sesaorang doktor yang mulia harus menghormati pendapat teman sejawatnya yang pakar dalam bidangnya dan lebih tinggi kelulusan dan lebih berpengalaman . DR.Mahafiraun dan Dr.YY hanya memiliki MBBS sahaja dan bekerja sebagai GP sebelum menceburkan diri dalam dunia politik.Mereka berdua belum pernah melakukan pembedahan seperti yang disarankan oleh Dr.TH.

Seorang doktor wajib mempercayai keluhan atau penderitaan seorang pesakit.Jika doktor tidak mempercayai keluhan dan rintihan seorang pesakit,bagaimana doktor tersebut ingin membuat pemeriksaan lanjutan seperti pemeriksaan fisikal,makmal dan X-ray/scan dan lain-lain.Kepercayaan kepada keluhan dan rintihan pesakit adalah unsur utama sebelum sesaorang doktor memberikan pemeriksaan lanjutan, rawatan dan pemberian ubat. Contoh ,kiranya ada seorang pesakit wanita mengeluh sakit sengugut/dysmenorhae yang amat sangat sakitnya .Pesakit memerlukan ubat tahan sakit dan cuti sakit.

Apakah Dr.Mahafiraun dan Dr.Yusof Yaakob tidak mempercayaai keluhan pesakit itu sehingga kedua-dua doktor ini meminta pesakit wanita itu membuka kain , seluar dalam dan terus menjenguk kemaluan wanita yang berdarah haid.Atau Dr.Mahafiraun dan Dr.Yusof Yaakob akan meminta pesakit menunjukkan tuala wanita yang berdarah itu. Dr.Mahafiraun kerap kali mendakwa bahawa dia selalu mengutamakan doktor tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Tidak dinafikan bahawa Mahafiraun telah mendapat khidmat pakar tempatan ketika mendapat rawatan by pass jantung sekitar tahun 1989. Sayugia diingatkan bahawa pada ketika itu Mahafiraun adalah dalam keadaan sangat kritikal,parah dan pasrah . Nyawanya adalah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.Nyaris tidak gol. Tekanan darah pada masa itu adalah sangat rendah,antara terukur dengan tidak.Nadi sudah sukar untuk dikesan.Untuk diterbangkan keluar negeri terutama ke UK sangat-sangat meragukan sebab penerbangan memakan masa tidak kurang 12 jam.Sedangkan nyawa Mahafiraun tinggal nyawa –nyawa ikan. Mahafiraun pasrah.Antara hidup dan mati.Akirnya ia mengambil risiko bersedia untuk dibedah di HKL.Umurnya ditakdirkan panjang hingga kehari ini.

Bahawasanya serangan jantung Mahafiraun 1989 adalah serangan jantung secara mendadak.Mahafiraun sendiri tidak sedar ia akan mendapat serangan. Jika ia sedar ia berpenyakit, sudah pasti ia juga akan ke UK mengikut jejak Tun Razak mendapatkan rawatan kerana Leukemia.Mahatir tidak sedar ia mempunyai masalah saluran jantung tersumbat . Mungkin terlalu sibuk mengumpul harta .Sanusi Joned awal 90an juga ke LA hanya untuk mendapatkan rawatan angioplasti. Mengapa tidak buat di HKL jika benar-benar yakin kepada pakar tempatan dan berjiwa patriotik?.

 Dr.Mahafiraun melarang DSAI mendapatkan rawatan terbaik diluar negera.Larangan keluar negara jelas menunjukkan bahawa Mahafiraun tidak dapat memisahkan antara permusuhan politik dengan profesinya sebagai doktor yang merawat pesakit. Ini jelas membuktikan bahawa Dr.Mahafiraun telah mengabaikan janji/sumpahnya ketika menerima ijazah kedoktorannya.

Dr.Mahafiraun telah mengenepikan “Deklerasi Geneva” yang jelas menyatakan bahawa sesaorang doktor tidak boleh ada perbezaan politik,agama, bangsa dan taraf sosial ketika memberikan rawatan terhadap pesakit. Oleh kerana itu adalah diharapkan pihak MMC (Malaysia Medical Council) dibawah Kementeria Kesihatan dan Universiti yang memberikan ijazah MBBS kepada kedua-dua doktor,Dr.Mahafiraun dan Dr.Yusof Yaakob haruslah memikirkan untuk menarik balik ijazah mereka supaya tidak mencemarkan profesion doktor yang dipandang mulia lagi tinggi.Keduanya telah melanggar janji/sumpah seorang doktor jika mengikut kreteria Deklarasi Geneva.

“Crook” ketiga dalam episod ini adalah menteri Kesihatan Chua Ju Ming.Walau pun ia bukan doktor dan tidak perlu akur dengan janji/sumpah doktor tetapi orang bawahan nya adalah terdiri-dari doktor- doktor.Jika Menteri Kesihatan sudah mempertikaikan hak seorang pesakit berdasarkan perbezaan politik bagaimana nanti orang bawahan mahu mematuhi arahannya?. Chua Ju Ming adalah seorang peguam. Bukan tukang sapu sampah atau tukang ayan. Peguam juga ada etika kerja. Anak guam harus dihormati, walaupun DSAI bukan anak guamnya tetapi sebagai manusia yang sakit Chua Ju Ming harus menghormati hak seorang pesakit untuk mendapatkan rawatan yang difikirkan terbaik untuknya.

Dengan itu adalah lebih mulia Chua Ju Ming meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan. Kesimpulannya di dapati bahawa pemimpin Malaysia baik Cina,Melayu ,India dan lain-lain telah mengakarumbikan budaya gila kuasa,gila pangkat dan gila harta . Mereka telah membelakangi dan menghina profesion asal masing-masing sebelum menceburkan diri dalam dunia politik membodek Malaysia .

 Ketiga-ketiga “crook” ini telah hilang pertimbangan waras dan meletakkan profesion asal mereka ketahap paling hina.Tidak ada bezanya cara mereka yang kononya dari golongan profesional dan intelek dengan cara berfikir orang yang tidak berpelajaran tinggi seperti tukang angkat tong tahi di zaman penjajah dulu.

Oleh itu kita harap pihak MMC harus menjaga kualiti orang dalam jagaannya. Kepada Chua Ju Ming perlu meletakkan jawatan agar tidak tercemar kredibiliti K.Kesihatan. MMC perlu bertindak demi menjaga kredibiliti profesion kedoktoran daripada dihina dan dicemari oleh dua doktor yang tidak beretika di atas.

Seluruh dunia masa kini telah hilang keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap institusi kehakiman, mahkamah dan polis di Malaysia, apakah harus dimasukkan golongan doktor dan pihak hospital Malaysia ke dalam senarai tersebut ?! Jika kes DSAI ini masih ‘mengikut selera dan telunjuk’ Si Diktator Tua itu, maka tidak ada lagi keyakinan antara bangsa terhadap Malaysia dan kredibiliti kerajaannya dalam semua aspek.

Pawang