Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


ANGKATAN PEMUDA INSAF NEGERI SEMBILAN (APIns)  MENGUTUK PENAHANAN DAN MENDESAK 7 TAHANAN ISA DIBEBASKAN SEGERA.


Bahawasanya kami , Angkatan Pemuda Insaf N.Sembilan (APIns) yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan politik dengan ini menyatakan pendirian kami mengenai penahanan 7 pemimpin dan ahli keADILan baru baru ini. Hari ini masuk lima hari mereka ditahan di bawah akta ISA. Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Norian Mai penahanan mereka ini kerana mereka terlibat untuk mengadakan demonstrasi yang ganas (merujuk kepada perhimpunan “black14/penyerahan memorandum rakyat). Namun tuduhan ini jelas palsu sehingga ini 15 April jam 2.47 pagi keadaan negara tenang,perhimpunan yang dikatakan ganas tersebut berjalan lancar dan sambutan rakyat amat baik (walaupun diugut oleh polis). Selain di Kuala Lumpur perhimpunan aman juga duadakan di beberapa tempat seperti yang cuba diadakan di Seremban oleh beberapa pertubuhan pelajar yang bergabung di bawah APIns, semua berjalan lancar dan aman. 

Maka sehingga ini jelas tuduhan Ketua Polis Negara itu satu fitnah semata-mata.Tuduhan itu cuma andaian dan ingin memenuhi nafsu besar sesetengah pemimpin yang menyalahgunakan kuasa untuk kekal meneraju sebuah system yang pincang. Maka tuduhan yang dilemparkan kepada PDRM bahawa institusi itu menjadi alat pemerintah semakin jelas kelihatan. Kami mendesak bebaskan segera mereka yang ditahan di bawah ISA tersebut. Norian Mai sendiri perlu mengakui kesilapan penahanan tersebut atau jikalah benar ketua polis mempunyai bukti dakwa mereka segera di mahkamah. Jika tidak sekali lagi titegaskan ini membuktikan PDRM alat rejim zalim mahathir. 

Kami sebuah gabungan APIns beberapa NGO (persatuan pelajar, pergerakan kebudayaan, persatuan belia dan aktivis kemanusian) dengan ini menyatakan satu program penerangan dan kesedaran mendesak pembebasan tahanan tersebut  dan kebangkitan rakyat sedang kami lakukan. Kami akan menggunakan segala jentera dan kekuatan kami dengan di sokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Barisan Alternatif akan turun ke peringkat bawah memberi penerangan khususnya di Negeri Sembilan. 

Antara program yang dirancang ialah seperti pengedaran risalah di tempat awam, menghantar laporan  bantahan ke semua balai polis daerah di Negeri Sembilan berkaitan isu penahanan ISA, ceramah-ceramah kelompok, kutipan tandantangan bantahan dan banyak lagi.

aktiviti terkini:

Kami turut mendokong usaha Parti keADILan Nasional Bahagian Kuala Pilah mengumpulkan rakyat untuk membuat laporan di Balai polis Kuala Pilah.

(isu penahan ISA)

21hb. April 2001 (sabtu)

10.00 pagi

berkumpul dihadapan Pejabat keADILan

Bahagian Kuala Pilah

Sham Shaharin
Pengerusi Bersama
Angkatan Pemuda Insaf Negeri Sembilan
justiceman@catcha.com