Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!

 


 


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
GUESTBOOK:
[Sign] [View]

 


Pembaziran Lebuhraya Termahal


Pembaziran Lebuhraya Termahal Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway – AKLEH) yang telah siap dibina dua bulan lepas adalah lebuhraya yang termahal di Malaysia. Dengan jarak 7.4 km (dari Taman Ampang Utama ke Jalan Sultan Ismail bersebelahan dengan Wisma Denmark) ianya menelan belanja pembinaan sebanyak RM754 juta. Ini bermakna ianya bernilai lebih RM100 juta bagi setiap satu kilometer.

 Apakah benar sesuatu pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat? Siapa yang sebenarnya untung? Siapa sebenarnya rugi? IB tidak mahu bicara soal kos itu (memang tinggi!). Sehingga semalam AKLEH masih lagi ditutup untuk sebarang kenderaan walaupun menurut laporan rasmi PERCON (kontraktor yang melaksanakan projek tersebut), lebuhraya tersebut telah siap sempurna dua bulan yang lepas. Disebabkan kadar tol belum diputuskan oleh kabinet maka jalan yang siap dibina ditutup tanpa boleh diguna.

Apakah sebenarnya tujuan asal pembinaan AKLEH atau mana-mana projek infrastruktur yang dilaksanakan oleh kerajaan BN? Jika ianya untuk mengatasi kesesakan lalulintas di Jalan Ampang dan menyingkatkan masa perjalanan – kenapa selepas dua bulan lebuhraya termahal tersebut siap ianya masih ditutup? Jika ianya untuk memudah pengguna jalanraya dengan pelbagai alasan yang diberikan semasa mencadang dan meluluskan projek seperti ini – maka kenapakah ianya seolah-olah menjadi satu monument “gajah putih” (sehingga ianya boleh digunakan)

Apakah kerana kadar tol belum dapat dipersetujui (atau pembahagian untuk orang-orang tertentu) maka para pengguna terus dipaksa bersesak di Jalan Ampang? IB tidak dapat mencari suatu alasan yang munasabah bagi menjawab soalan kenapa orang ramai masih dinafikan dari mengguna kemudahan yang kerajaan BN telah janjikan Semasa mengumunkan AKLEH siap dibina pada bulan Februari 2001, Samy Vellu mengatakan bahawa para pengguna akan dapat menggunanya secara percuma selama sebulan sebelum bayaran tol dilaksanakan.

Oleh sebab kadar belum dapat ditentu maka pengguna dihalang dari menggunanya - IB menganggap ini sebagai suatu pembaziran yang nyata. Dan jika IB cuba “quantify”kan nilai pembazirannya (dari kos pembinaan projek) ianya lebih kurang RM139,629 setiap hari lebuhraya itu tidak digunakan. Dan sehingga kini, selepas dua bulan ianya dibiarkan tanpa diguna, nilai pembaziran tertunggak mencecah lebih RM8 juta.

Formula yang IB digunakan ialah seperti berikut:

Kos pembinaan: RM754,000,000
Tempoh konsesi (lazimnya): 15 tahun Dan dibahagikan dengan 12 bulan setahun dan dibahagi lagi dengan 30 hari sebulan maka = RM754,000,000 / 15 / 12 / 30 = RM139,629 sehari.

Persoalannya mengapakah kerana keTIDAKCEKAPan para menteri kabinet (terutamanya Samy Vellu) dalam menetapkan kadar tol turut menidakkan rakyat mengguna kemudahan yang telah siap dibina? Mengapa tidak dibenarkan pengguna AKLEH menikmati kemudahan yang percuma sementara kadar tol ditetapkan.

Apa salahnya sebulan tempoh percuma dilanjutkan ke dua bulan atau tiga, empat, lima bulan selagi kadar tol tidak dapat dipersetujui oleh kabinet? Sebaiknya tak payah tol terus …

Sekian
Ibrahim Baba
19 April 2001