Soalan yang ingin saya ajukan ini ialah buat
seluruh muslimin & muslimat.Tidak kira samaada
mereka itu pemimpin atau rakyat biasa. Apakah apabila
seorang muslim ditangkap dan ditahan,tak kiralah
samaada dibawah ISA atau akta apa saja,maka haknya
untuk menunaikan hak Allah iaitu bersolat juga turut
ditahan.
Bagaimanakah keadaan ini boleh terjadi didalam
sebuah negara yang mengaku sebagai sebuah negara
Islam? Sebuah negara yang mempunyai P.M,T.P.M dan
majoriti menteri kebinetnya juga berugama Islam;sebuah
negara yang mempunyai raja-raja berpelembagaan yang
juga berugama Islam.
Apakah Ketua Polis Negara dan anggota-anggota
keselamatan yang bartanggungjawab keatas
tahanan-tahanan tersebut bukan beragama Islam? Apakah
pihak polis merasakan masyarakat tidak akan
menghormati mereka sekiranya mereka bertolak ansur
didalam hal solat ini?Imej yang bagaimanakah polis
ingin tampilkan?Imej berani, tegas dan tidak gentar
pada sesiapa jua termasuklah Allah yang mencipta
mereka.
Jadinya atas alasan apakah mereka tidak dibenarkan
bersolat?Atas alasan apakah tahanan-tahanan muslim
dipakaikan dengan pakaian yang menampakkan aurat yang
tidak memungkinkan mereka bersolat?Siapakah yang akan
menanggung dosa meninggalkan solat tersebut?
Mengapakah majlis fatwa,majlis raja-raja,mufti-mufti,
alim ulama-alim ulama,ahli-ahli politik pemerintah dan
pembangkang,cendikiawan-cendikiawan, ahli-ahli
profesional,mahasiswa-mahasiswa serta ahli ahli-ahli
NGO's berdiam diri??? Apakah apabila seseorang itu
ditahan,dia bukan saja hilang kebebasan,dia juga
hilang identiti sebagai muslimin/muslimat?
Saya tidak sanggup memikirkan apakah bala &
azab yang akan ditimpakan keatas orang Islam yang
berupaya bersuara seperti majlis fatwa,majlis
raja-raja, ahli-ahli politik & NGO's seterusnya
umat Islam dinegara ini yang memilih untuk berdiam
diri....
Jawab jangan tak jawab...!
UMIAZALEA,
Hamba Allah dulu,kini, dan selamanya........
|