Oleh : Biro Penerangan, Angkatan Pemuda Insaf Negeri
Sembilan (APIns)
Sabtu, 21hb April 2001, Kuala
Pilah - Seperti yang di umumkan APIns bersama Barisan
Alternatif Kuala Pilah hari ini menghantar satu laporan polis membantah penahanan 8
orang peminpin keADILan dan aktivis reformasi di bawah
ISA. Penyokong berkumpul sekitar awal jam 9 pagi lagi
di Pejabat keADILan Bahagian Kuala Pilah. Kelihatan
beberapa orang pemuda keADILan sibuk mengedarkan
risalah kepada penyokong yang berkumpul dan pengunjung
pasar tani yang kebetulan di adakan setiap pagi sabtu
di hadapan pejabat keadilan Kuala Pilah. Apabila
kaunter yang menempatkan senarai tandatangan bantahan
di buka orang ramai berkerumun menurunkan tandatangan
sama-sama menyokong usaha membebaskan 8 orang yang
ditahan dibawah akta zalim tersebut.
Kira-kira jam 10.15 pagi semua
penyokong naik ke atas untuk mendengar sedikit
taklimat yang disampaikan oleh sdr. Nordin (Ketua
Bahagian keADILan K.Pilah), dalam taklimat tersebut
beliau menerangkan maksud bantahan ini dan yang paling
pentingnya penyokong dapat menjaga tertib semasa
berkumpul untuk menghantar laporan tersebut. Kira-kira
jam 11.00 pagi penyokong yang mendengar taklimat turun
bergabung dengan penyokong di bawah pejabat yang tidak
dapat naik kerana tempat penuh. Dengan laporan yang
dilampirkan dengan tandatangan 178 orang penyokong
rombongan mula berarak ke Ibu Pejabat Polis Kuala
Pilah. Rombongan kini mula disertai oleh Sdr. Shamsul
(S/U keADILan N.Sembilan) , Sdr. Rosli (Naib Ketua
Pemuda keADILan N.Sembilan)
dan Badrul Hisham (Exco Pemuda keADILan Negeri).
Namun sampai di Balai Polis kami di tunggu oleh hampir
seratus anggota polis beruniform dan tidak beruniform.
Hanya 5 orang dibenarkan masuk
iaitu antaranya Sdr. Shamsul , Sdr. Nordin, Sdr.
Badrul, Sdr. Rosli. Penyokong yang bersama-sama
menghantar laporan diarahkan bersurai. Namun atas
semangat yang tinggi mereka tetap berkumpul di
sebarang jalan menghadap IPD Kuala Pilah. Setelah
hampir 10 minit pemimpin BA masuk ke balai polis telah
mula kedengaran laungan reformasi , hapuskan ISA dan
bebaskan tahanan ISA. Jalan juga mula sesak kerana
pemandu memperlahankan kenderaan sambil membunyikan
hon tanda sokongan. Ketika itu Kelihatan Sdr. Badrul
keluar dari balai dan menyeberang jalan menyertai
penyokong yang lain. Beliau cuba menenangkan keadaan
dengan ucapan motivasinya. Keadaan terkawal juga
kelihatan anggota trafik mula dikerahkan mengawal
lalulintas. Hampir satu jam sudah berlalau keadaan
yang panas telah menyebabkan penyokong mula mencarai
tempat berteduh. Namun kira-kira 50 orang
terus sedia menunggu dalam panas terik. Satu
panggilan dibuat ke rombongan di dalam balai
bertanyakan apa yang berlaku. Pelik mengikut satu
sumber yang menelefon berkata selepas laporan diterima
rombongan tersebut dikehendakai memberikan kenyataan
secara berasingan (orang yang membuat laporan disoal
siasat dulu ?).
Kira – kira jam 1.00 tengahari baru kelihatan kelibat
rombongan keluar dari balai polis. Mereka disambuat
oleh laungan reformasi dari penyokong yang berkumpul.
Sdr. Nordin selaku Ketua Bahagian memberikan kenyataan
bahawa lapoaran tersebut diterima dan mengambil masa
agak lama kerana Timb. OCPD K.Pilah mahu mengambil
kenyataan mereka secara berasingan. Menurut beliau
lagi ini merupakan satu permulaan rakyat K.Pilah
bangun membantah penahanan yang bermotifkan politik
ini. Selepas ini semua jentera parti peringkat
bahagian akan digerakkan untuk memberikan penerangan
mengenai akta zalim ini yang digunakan untuk
menyelamatkan Rejim BN yang korup dan zalim. Selepas
itu penyokong mula bergerak ke masjid Kuala Pilah
untuk solat Zohor dan seterusnya Solat Hajat
menggagalkan tipu daya pemimpin zalim ini.
|