Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA BERSAMA
    MAJLIS SOLAT HAJAT BEBASKAN ANWAR PADA 21 SEPTEMBER


    Satu Majlis Solat Hajat Bebaskan Anwar akan diadakan di Pusat Latihan ABIM Sungai Ramal pukul 8:30 malam pada 21 September 2000. Majlis tersebut adalah anjuran ABIM, JIM, PKPIM, ASASI, KARISMA dengan kerjasama Jawatankuasa Bulan Reformasi.

    Program ini juga akan diisi dengan Majlis Ucapan Bebaskan Anwar. Dijadualkan kesemua Presiden ABIM, JIM, PKPIM, ASASI dan KARISMA akan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Turut diundang sebagai penceramah khas adalah Dato’ Syeikh Azmi Naib Presiden Parti keADILan Nasional dan seorang tokoh terkemuka ABIM.

    Dato’ Syeikh Azmi dan tokoh ABIM itu akan menyampaikan ucapbersama bertajuk “Anwar Seorang Rakan.. Seorang Pejuang. Bersama Kita Bebaskan Anwar”.

    Rakan-rakan bukan Islam juga dijemput untuk menghadiri ceramah ini.

    Dianggarkan kira-kira 5,000 ahli daripada semua pertubuhan yang menganjurkan majlis ini akan menghadiri Solat Hajat Bebaskan Anwar ini.

    Kami menyeru semua ahli dan aktivis ABIM, JIM, ASASI, PKPIM dan KARISMA turut serta untuk hadir dalam majlis yang bersejarah ini.

    Yang benar,

    Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman
    Presiden ABIM

    Profesor Madya Dr Hj Mohamed Hatta Shaharom
    Presiden JIM

    Prof. Dr. Shahrir Mohd Zin
    Presiden ASASI

    Hj. Ashraf Wajdi Hj. Dusuki
    Presiden PKPIM

    Ahmad Fauwaz Muhamad
    Presiden KARISMA

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    21 September 2000
    http://bulanreformasi.tripod.com

     

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster