Make your own free website on Tripod.com

Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA SEMPENA LAWATAN KETUA PEMUDA KEADILAN KE AMERIKA SYARIKAT


    Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Pemuda KeADILan, Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor telah berlepas ke Amerika Syarikat pada 16hb September lalu dan akan berada di sana sehingga 7hb Oktober, 2000. Lawatan beliau ke sana adalah untuk menghadiri Persidangan Pemimpin Generasi Baru yang dianjurkan oleh East-West Center bermula pada 18hb hingga 23hb September di Honolulu.

    Pada 24hb hingga 27hb September, beliau akan memenuhi satu lagi jemputan persidangan antarabangsa di St. Louis. Dari 27hb September hingga 1hb Oktober, beliau akan mengikuti perjalanan Kempen Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat di beberapa buah bandar dan daerah. Beliau dijangka akan berada di Washinton D.C. pada 2hb hingga 7hb Oktober dan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin politik dan diplomat sepanjang tempoh tersebut.

    Beliau InsyaAllah dijangka pulang ke tanahair pada 8hb Oktober, 2000.

    LOKMAN NOOR HAJI ADAM
    Setiausaha Eksekutif
    Pemuda keADILan Nasional

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster