Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Ucapan Penghargaan


    Salam Perjuangan,

    Ucapan Penghargaan kepada semua yang telah menjayakan Majlis Memperingati Gerakan Reformasi Rakyat dan Solat Hajat 'Bebaskan Anwar' yang telah diadakan semalam, 21 September 2000 (2 tahun 15 hari selepas Reformasi dicetuskan) bertempat di Pusat Latihan ABIM, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

    Sekalung terima kasih kepada Presiden ABIM, Hj Ahmad Azam Abdul Rahman; Presiden JIM, Prof Madya Dr Hj Mohamed Hatta Shaharom; Presiden PKPIM, Hj Ashraf Wajdi Dusuki; Presiden ASASI, Prof Dr Shaharir Mohamad Zain; Presiden Karisma, Sdr Ahmad Fauwaz Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi, Parti KeADILan Nasional, Hj Saari Sungib yang telah menyampaikan ucapan padu pada program tersebut.

    Penghargaan khas kepada Prof Dr Razali Nawi (Presiden Pertama ABIM) dan Dato' Sheikh Azmi (Naib Presiden KeADILan) kerana telah mengupas tajuk “Anwar Seorang Rakan.. Seorang Pejuang. Bersama Kita Bebaskan Anwar” dengan begitu berkesan dan memberi makna mendalam.

    Teruskan Perjuangan...Gerakkan RE-FOR-MA-SI!!

    Syed Ibrahim Alhabshi
    Naib Presiden JIM
    22 September 2000

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster