Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KHAS UNTUK BULAN REFORMASI
    MAHATHIR@MAHAFIRAUN ADALAH PEMUSNAH BANGSA MALAYSIA


    REFORMASI & ISLAH

    Tarikh 20hb.September.1998 adalah tarikh keramat untuk seluruh rakyat dan bangsa Malaysia yang mendokong pergerakan “REFORMASI NASIONAL “ …20hb.Sept.1998 ini seorang insan yang bernama ANWAR IBRAHIM dinobatkan sebagai tokoh dan pengasas REFORMASI NASIONAL….??? Namun pada tarikh ini jugalah ANWAR IBRAHIM telah dilebamkan oleh seekor anjing suruhan Mahathir@Mahafiraun yang bernama RAHIM NOR….??? Perjuangan REFORMASI NASIONAL DAN ISLAH benar-benar menggerunkan dan menakutkan Mahathir@Mahafiraun dan berhala UMNO@BN ….???

    Sehingga hari ini bulan September, 2000 telah muncul kembali…dan telah 2 tahun ANWAR IBRAHIM menjadi tahanan politik paling lama di Malaysia…terpenjara 15 tahun di Sungai Buluh oleh mahkamah Mahathir@Mahafiraun …..??? kini rakyat dan bangsa Malaysia masih lagi menunggu sinar mentari pagi di ufuk timur menjelma….walau pun dua negeri di timur Malaysia Barat bawah kepimpinan Ulamak…??? Namun begitu Mahathir@Mahafiraun masih bermaharajalela di muka bumi Malaysia ini….??? Apakah setelah 2 tahun kita semua membiarkan dia menyeksa ANWAR IBRAHIM di Sungai Buluh….kita masih tidak mampu mencari jawapan dan jalan penyelesaianya….??? Apakah kita masih lena dan dibuai mimpi akibat diperbodohkan oleh Mahathir@Mahafiraun dan patung UMNO@BN serta juak-juaknya….???

    Rakyat dan bangsa Malaysia bagaikan mendapat satu kuasa ajaib pada 20hb.September.1998…kerana berani bangkit dan menzahirkan penentangan terhadapa rejim Mahathir@Mahafiraun , ini adalah kerana karisma dan kepimpinan ANWAR IBRAHIM sebagai seorang tokoh REFORMASI NEGARA benar-benar meresapi jiwa rakyat dan bangsa Malaysia…. inilah yang menyebabkan Mahathir@Mahafiraun sendiri takut dan benar-benar kecut perut…walau sesaat ANWAR IBRAHIM dibebaskan dari penjara, akan luruhlah segala kekuatan dan ilmu yang ada pada Mahathir@Mahafiraun ….??? Secara sah dan benar…untuk berhadapan dengan ANWAR IBRAHIM dimahkamahpun Mahathir@Mahafiraun telah menjadi gementar dan takut ….?? Inikan pula nak membenarkan ANWAR IBRAHIM bebas di muka bumi Malaysia ini….??? Kini kita boleh melihat walaupun ANWAR IBRAHIM terpenjara… Mahathir@Mahafiraun pun masih gagal untuk menyakinkan dan mempengaruhi rakyat dan bangsa Malaysia yang apa dia perkatakan adalah benar…..sehinggakan rakyat dan bangsa Malaysia sendiri melebelkan Mahathir@Mahafiraun sebagai pengarah sandiwara terbaik negara……???

    Mahathir@Mahafiraun kini benar-benar menjadi kalut dan tak keharuan….??? Sehingga ia sanggup untuk menumpukan perhatianya kepada patung-patung UMNO@BN dan sanggup menyerahkan tugas mentadbir negara kepada Pak Lah Badawi….ini adalah fakta yang kukuh dan benar…..mendiang UMNO@BN cuba dihidupkan oleh Mahathir@Mahafiraun …sebagai mana tindakan FIRAUN dan HAMMAN sewaktu berhadapan Nabi Musa A.S, kini Mahathir@Mahafiraun benar-benar desperate dan menagih simpati dari orang Melayu yang beragama Islam……walaupun dia sendiri mengatakan “ Sembahyang 5 waktu itu boleh ditnggalkan sekiranya seorang itu sakit atau uzur “..mengikut mazhab Mahathir@Mahafiraun …??? Dan dengan mengunakan tentera JAKIM…. Mahathir@Mahafiraun berharap ia boleh memesongkan dan menukar minda orang Islam di Malaysia….??? Sebagai pengikut dan penyembah patung-patung UMNO@BN …..??? dia pasti tak akan melepaskan seorangpun mana-mana orang Islam yang telah dipengaruhi dan ditukar mindanya…..??? yang pastinya dia ini memang laparkan dan kehausan untuk memusnahkan rakyat dan bangsa Malaysia…sehingga ia sanggup memusnahkan kehidupan ANWAR IBRAHIM dan keluarganya. Apakah kita masih mampu untuk makan dan minum…..bahawa ANWAR IBRAHIM masih terpenjara di Sungai Buluh….adakah salah MAK YAN melahirkan ANWAR IBRAHIM didunia ini….adakah PAK IBRAHIM salah mendidik ANWAR IBRAHIM…..atau salah rakyat dan bangsa Malaysia masih memilih sebagai ketua negara sekarang….???

    Apakah kita tidak pernah merasa bersalah dan berdosa kepada Mak Yan, Pak Ibrahim, Kak Wan Azizah dan anak-anak…kerana masih tidak mampu untuk membebaskan ANWAR IBRAHIM….apakah sememangnya kita masih menuggu waktu dan ketika yang sesuai untuk membebaskan tokoh REFORMASI ini…..??? atau kita memang tidak mampu dan gagal dalam misi yang telah diamanahkan oleh ANWAR IBRAHIM…..kita wajib muhasabah dan menilai diri kita semula….apakah sumbangan kita telah sampai ketahap maksima dalam mempertahankan ISLAM & ISLAH serta REFORMASI TOTAL kearah Malaysia Yang Adil yang berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis.

    Telah 2 tahun….tokoh-tokoh dan pejuang REFORMASI mengembeling tenaga, idea, masa dan kewangan untuk memastikan gerakan REFORMASI TOTAL ini mencapai matlamatnya….namun begitu Allah s.w.t maha mengetahui dan maha pemberi…..arus REFORMASI masih hangat dan panas sehingga hari ini….walaupun ada sebilangan kecil telah menjadi pembelot dan penjilat kepada patung-patung UMNO@BN dalam memenuhi nafsu serakah mereka….?? Apakah telah kering dan ketandusan idea dan tenaga kepada pejuang-pejuang REFORMASI ini…atau masih mampu untuk meneruskan perjuangan yang ikhlas lagi tulen ini sehingga mencapai matlamatnya….??? Ingatlah pesanan ANWAR IBRAHIM “ Jangan bicara soal perjuangan, jika takut menghadapi risiko “……” Biar jasad terpenjara, namun jiwa dan semangat masih bebas diluar sana “ …..dua kata-kata keramat ini menjadi pendinding dan pembakar jiwa tokoh-tokoh serta perjuang REFORMASI NASIONAL…..kita bukanya inginkan peperangan tapi kita inginkan perubahan secara total dan jujur dalam segala segi di negara yang kita cintai ini.

    Halangan demi halangan akan dirancang oleh Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya….dalam memastikan bumi bertuah Malaysia ini difaraitkan kepada juak-juaknya…??? Dan ini adalah cabaran utama pendokong REFORMASI….dan menjadi satu tanggung-jawap kepada rakyat dan bangsa Malaysia untuk membebaskanya dari cengkam Mahathir@Mahafiraun dan patung-patung UMNO@BN …..??? Apakah kita hanya mampu menadah tangan kehadrat illahi memohon pertolongan….tanpa melakukan perubahan melalui kuasa rakyat…kuasa keramat….???

    Kini kita akan meninggalkan September, 2000 dengan penuh kenangan pahit….??? Dan September, 2001 terus mengamit kita semua….??? Apakah saban tahun kita menunggu kedatangan September ini…..atau kita mengharap Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya mengaku kalah serta menyerahkan kuasa kepada rakyat marhain…..Oh !!! Tak Mungkin…??? Adalah telah terbalik dunia ini jika Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya mengaku kalah secara bacul……??? Mahathir@Mahafiraun akan mempertahankan kitab Delema Melayu sehingga keakhir hayatnya…..walau dikerat 18 pun Mahathir@Mahafiraun tidak akan meninggalkan mazhab Mahathir@Mahafiraun yang bertuhankan patung-patung UMNO@BN ….!!!

    Wahai rakyat dan bangsa Malaysia….jangan kita menunggu September, 2001…ia pasti datang….. dan pada 20hb.September,2001….kita semua akan menyaksikan ANWAR IBRAHIM berdiri dianjung Masjid Negara tepat jam 4.00 petang untuk menyampaikan ucapan perasmian ulang tahun ke 3 Gerakan REFORMASI….dengan kehadiran jutaan rakyat dan bangsa Malaysia….kita akan limpahkan bumi Kuala Lumpur dengan lautan manusia…. dan kita akan jadi FRU dan SB sebagai pelindung rakyat marhain…..??? Lambaian Dataran Merdeka benar-benar mengamit….satu jamuan rakyat marhain akan diadakan pada 20hb.September.2001, anjuran ANWAR IBRAHIM, WAN AZIZAH & ANAK-ANAK, PAK IBRAHIM, MAK YAN, PAK WAN ISMAIL dengan seluruh pendokong gerakan REFORMASI serta rakyat jelata sebagai tetamu jemputan.

    “ Hidup Islam, Hidup Reformasi, Islah, Islah, Islah kearah Malaysia Yang Adil “

    “ RAKYAT YANG DI JAJAH OLEH UMNO@BN “
    (24HB.SEPT.2000)

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster