Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA
    MENYERU ORANG RAMAI BERSEDIA MENGHADIRI PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT
    DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PADA 7 OKTOBER


    Sehingga Sabtu 23 September bila dihubungi, pihak Perbadanan Kompleks Sukan Negara masih menyatakan tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan permohonan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini bermaksud permohonan masih dalam pertimbangan.

    Dengan itu, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru para penyokong reformasi bersiap sedia untuk turun ke Kuala Lumpur pada 7 Oktober. Perhimpunan bermula pada pukul 8:00 malam. Usaha-usaha mobilisasi hendaklah dilakukan dari sekarang bagi membolehkan orang ramai menghadiri Perhimpunan 100,000 Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Persediaan yang rapi sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Bulan Reformasi bagi membolehkan perhimpunan itu berjalan lancar dan teratur.

    Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru agar kempen tandatangan menyokong perhimpunan tersebut diteruskan. Ini bagi membolehkan Jawatankuasa Bulan Reformasi mendesak kerajaan sekiranya permohonan kali kedua masih ditolak.

    Jawatankuasa Bulan Reformasi meletakkan sasaran tarikh 30 September untuk mendapatkan 100,000 tandatangan menyokong perhimpunan ini

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional

    http://bulanreformasi.tripod.com
    emel: abuurwah@freeanwar.com
    24 September 2000

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster