Make your own free website on Tripod.com


                                                                                                                     

 

BLACK 14

 

Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran!!!!!!!!

Masanya sudah hampir tiba untuk kita berhimpun secara aman bagi menyerahkan memorandum kita, Memorandum Rakyat 14 April kepada SUHAKAM. Ini bukan isu politik, tetapi ini adalah isu hak asasi kita sebagai seorang manusia di bumi Malaysia ini. Kurang daripada 24 jam lagi kita akan turun bersama-sama pimpinan kita untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi JK Memorandum Rakyat 14 April, Haji Saari Sungib yang kini ditahan di bawah ISA, ".......Jawatankuasa meletakkan harapan besar kepada SUHAKAM sebagai sebuah suruhanjaya yang menangani isu-isu hak asasi manusia agar meneliti prinsip-prinsip dan butiran yang terkandung dalam Memorandum Rakyat 14 April ini. Langkah yang dilakukan oleh SUHAKAM untuk membuat penyiasatan terhadap laporan keganasan polis ekoran daripada Perhimpunan 100,000 Rakyat di Lebuhraya KESAS pada 5 November 2000 amat dihargai. Jawatankuasa berharap agar SUHAKAM menunjukkan pendirian yang tegas tentang segala bentuk pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh pihak polis terhadap rakyat semasa perhimpunan tersebut........."

 Kita nekad kali ini, walau apapun yang terjadi, tidak kira sebanyak mana pimpinan dan aktivis reformasi yang akan diangkut dan dihumban oleh mereka di bawah ISA, kita, sebagai rakyat  tetap akan meneruskan perhimpunan dan menyerahkan memorandum tersebut kepada SUHAKAM. Jangan ingat dengan penahanan 7 pimpinan dan aktivis reformasi (setakat ini) dapat melemahkan semangat dan seterusnya melumpuhkan gerakan kami, tetapi ia bakal meledakkan semangat rakyat untuk turut sama dalam penyerahan memorandum ini.

Janganlah kita persia-siakan pengorbanan teman-teman kita yang telah ditahan di bawah ISA tempoh hari. Jangan juga kita lumpuhkan perancangan JK Memorandum Rakyat 14 April ini yang telah bertemu secara sulit lebih 12 kali sejak Januari lalu(seperti kata Norian Mai!!!). Marilah kita bersama-sama menggembelengkan segala tenaga yang ada sempena memperingati kezaliman Mahathir terhadap pemimpin kita Anwar Ibrahim.

Marilah kita turun beramai-ramai.......Black 14. Lawan Tetap Lawan!!!!

 

Pengumuman JK Memorandum Rakyat 14 April

Kepada semua rakyat Malaysia yang akan berhimpun.......

1. Rakyat seluruhnya diminta berhimpun seawal jam 10 pagi di Menara Tun Razak.

2. Delegasi menghantar Memorandum Rakyat 14 April akan diketuai oleh Dr Wan Azizah Ismail. Anggota delegasi terdiri daripada ahli parlimen BA, pimpinan BA, wakil NGO, wakil pelajar dan ahli JK Memorandum Rakyat 14 April.

3. Ketika delegasi naik ke pejabat SUHAKAM kira-kira jam 11 pagi, rakyat yang berhimpun di bawah akan duduk dengan aman dan tenang  di sekitar tingkat bawah Menara Tun Razak, sehingga delegasi turun.(motifnya untuk membuktikan bahawa kita berdisiplin dan berhimpun secara aman)

4. Setelah delegasi turun, barulah akan ada ucapan penerangan daripada delegasi yang menyerahkan memorandum.

5. Setelah tamat ucapan dan taklimat, rakyat diminta bersurai dengan teratur iaitu kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Buktikan bahawa kita berhimpun secara aman!!!!!!

 

 

Ke Laman Bulan Reformasi