Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :


MENU UTAMA
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
B E R I T A
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]



    Ambil ingatan semua penyokong Reformasi.!!!
    (Program Khas Hari 20 September 2000)


    Perhimpunan Rakyat Stadium Bukit Jalil

    Program Perhimpunan Rakyat di Stadium Bukit Jalil membuktikan usaha perjuangan kita yang berterusan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia.

    Sesungguhnya semangat juang kita tidak pernah padam. Biarpun pemikiran rakyat cuba dihadang dengan berbagai-bagai sekatan dan kadang kala dipaksakan dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal, namun kita percaya itu semua jauh daripada menghormati lunas-lunas demokrasi.

    Kita akan berhimpun sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, bebas menyuarakan pendirian kita yang bencikan kezaliman, mengajak seluruh warga Malaysia melakukan reformasi ke arah sebuah negara yang adil, bersih serta jelas hala tujunya, dan semua ini akan kita lakukan mengikut saluran yang sah di sisi undang-undang. Kita akan mendapatkan permit polis untuk berhimpun, berbincang dengan SUHAKAM serta bekerjasama menjaga keselamatan demi kelancaran program.

    Sekiranya rakyat dihalang juga untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil (sudah pasti dengan alasan remeh, walaupun sebelum ini konsert-konsert besar pernah dibenarkan), kita akan berusaha menempah stadium-stadium utama di sekitar Lembah Kelang. Semoga segala usaha kita kali ini benar-benar dapat direalisasikan.

    Reformasi!
    Allahu akbar!


    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster