Perutusan
(2)
SEPULUH PRINSIP PERTAHANKAN
HAK ASASI
Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi,
Sekalian
warga Malaysia yang budiman,
Memorandum yang disediakan oleh Jawatankuasa Memorandum
Rakyat 14 April dan disokong oleh ratusan badan terdiri daripada parti-parti
politik, NGO dan jawatankuasa-jawatankuasa aktivis rakyat terdiri daripada
sepuluh prinsip seperti berikut:
1.
Jaminkan
Kebebasan Bersuara
Menekankan prinsip
kebebasan bersuara sebagai hak asasi rakyat dengan mendesak apa-apa
bentuk sekatan dan halangan terhadap hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan
pendapat dimansuhkan.
2.
Jaminkan
Hak Berhimpun
Menekankan prinsip
hak rakyat untuk berhimpun secara aman, seperti
yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dikembalikan kepada
rakyat dengan mendesak semua bentuk sekatan terhadap hak rakyat berhimpun secara
aman dimansuhkan.
3.
Jaminkan
Kebebasan Media
Menekankan prinsip
menegakkan kebenaran melalui penyiaran dan penyebaran maklumat dan
berita ditegakkan di negara ini dengan mendesak semua bentuk halangan dan
sekatan terhadap kebebasan media cetak dan eletronik dimansuhkan.
4.
Pertahankan
Kebebasan Kehakiman
Menekankan prinsip
kebebasan kehakiman ditegakkan di negara ini dengan menggesa sebarang
usaha yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kebebasan badan
kehakiman dilakukan serta merta.
5.
Martabatkan
Sosio-Ekonomi Rakyat Tertindas
Menekankan prinsip
keadilan dan kesaksamaan ditegakkan dengan menggesa agar
dimartabatkan pembangunan sosio-ekonomi seluruh lapisan rakyat tanpa sebarang
bentuk diskriminasi.
6.
Hapuskan
Faham Perkauman dan Diskriminasi Kaum
Menekankan prinsip
persaudaraan manusia sejagat dan perpaduan kaum dengan menggesa agar
sebarang langkah pemulihan berkesan dilakukan segera bagi menangani permasalahan
perkauman dan diskriminasi kaum di negara ini
7.
Mansuhkan
Undang-Undang Zalim
Menekankan prinsip
menentang dan menghapuskan kezaliman dengan mendesak semua
undang-undang zalim yang secara nyata mencabul hak asasi dihapuskan segera
8.
Perakui
Kovenan Hak Asasi Antarabangsa
Menekankan prinsip
kerjasama antarabangsa dihormati dengan mendesak kerajaan memenuhi
semua kovenan antarabangsa dan suratcara Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak
asasi.
9.
Siasat
Rasuah, Kronisme dan Nepotisme
Menekankan prinsip
menentang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dengan mendesak
semua amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang telah memburukkan imej rakyat
dan negara ini disiasat dan diperbetulkan.
10.
Siasat
Kepincangan Polis
Menekankan prinsip
mempertahankan kewibawaan institusi awam dengan menggesa langkah
penyiasatan bebas dan terbuka diambil untuk menangani kelemahan dan kepincangan
institusi polis.
Sekian. Terima kasih.
“Pertahankan
Hak Asasi”
Yang benar,
Hj. Saari Hj.
Sungib,
Pengerusi,
Jawatankuasa
Memorandum Rakyat 14 April
Ahli-ahli
Jawatankuasa:
Abdul Malek
Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin
Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar
Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com