MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL

Perutusan [3]

 

PROGRAM-PROGRAM SEMPENA

MEMPERINGATI 14 APRIL

 

Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi,

 

Sekalian warga Malaysia yang budiman,

 

Selain daripada program penyerahan memorandum anjuran Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April, dua lagi program akan dianjurkan sempena 14 April ini. Keseluruhan program untuk memperingati tarikh 14 April adalah seperti berikut:

 

Program Pertama

 

Ceramah Perdana

"HARI MEMPERINGATI KEZALIMAN"

 

Tarikh     :  13 April 2001 (Jumaat)

Masa       :  9.00 – 12:00 Malam

Tempat   :  Markas Tarbiyyah PAS

                    Taman Melewar, Batu Caves

                    Selangor

 

PEMIDATO :  YB Dato’ Fadzil Noor (Presiden PAS)

                        :  YB Datin Dr. Wan Azizah (Presiden keADILan)

                        :  YB Kerk Kim Hock (Setiausaha Agung DAP)

                        :  Dr. Syed Husin Ali (Presiden PRM)

 

Anjuran

Sekretariat Pemuda Barisan Alternatif 


Program Kedua

 

Penyerahan Memorandum Rakyat 14 April kepada SUHAKAM

 

Tarikh      :   14 April 2001 (Sabtu)

Masa        :   10:00 Pagi – 12:00 Tengahari

Tempat    :   Ibu Pejabat SUHAKAM

 

Penyerahan memorandum akan dilakukan oleh satu delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April serta wakil-wakil NGO dan jawatankuasa-jawatankuasa aktivis rakyat yang turut menyediakan memorandum sokongan.

 

Delegasi ini juga dijangka akan diiringi oleh penyokong dan rakyat yang akan berhimpun secara aman di kawasan sekitar Ibu Pejabat SUHAKAM, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 

Anjuran

Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April 


Program Ketiga

 

Konvensyen Ekonomi Pemuda Barisan Alternatif

"EKONOMI DAN MASA DEPAN NEGARA"

 

Tarikh        :   14 April 2001 (Sabtu)

Masa          :   1:00 Tengahari – 6:00 Petang

Tempat      :   Auditorium ANGKASA

                        Jalan SS6/3, Kelana Jaya,

                        Selangor

 

Pembentangan kertaskerja dengan tajuk “Ekonomi dan Masa Depan Malaysia” oleh Prof. Dr. Jomo K. Sundram, pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Malaya diikuti dengan perbahasan daripada wakil-wakil Pemuda PRM, PAS, keADILan, DAP serta wakil-wakil NGO dan reformis. Program dianjurkan oleh Sekretariat Pemuda Barisan Alternatif 

Majlis akan diakhiri dengan ucapan penggulungan daripada Sdr Faizal Sanusi (Ketua Pemuda PRM), YB Teng Chang Khim (Ketua Pemuda DAP),  Sdr Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda KeADILan) dan YB Haji Mahfuz Omar (Ketua Pemuda PAS).

Sekian. Terima kasih.

 

“Pertahankan Hak Asasi”

 

Yang benar,

Hj. Saari Hj. Sungib,

Pengerusi,

Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April

 

10 April 2001

 

Ahli-ahli Jawatankuasa:

 

Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar

 

Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com

Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com