Lanjutan laporan yang IB buat beberapa minggu
lepas, IB telah banyak menerima e-mail serta panggilan
telefon. Ramai yang memberi maklumat tambahan serta
meminta IB menulis serta komen lagi berhubung bekas
pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang telah
dijatuhkan hukuman kini diambil semula sebagai pegawai
kanan BTN dan kes-kes yang berkaitan.
Dalam artikel “Mastermind Pendatang Haram di
Sabah kini di BTN” (http://tranung.tripod.com/mac/ib31.htm,
http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_gelita_ib21.html)
IB laporkan “mastermind” dalam kes pemalsuan kad
pengenalan Malaysia serta pemberiannya kepada
pendatang-pendatang asing tanpa izin di Sabah bagi
tujuan menjadi pengundi hantu sekitar awal 1990an.
Beberapa perkara yang menarik ialah kaitan bekas
banduan Abdul Raof yang kini sebagai pegawai kanan BTN
dengan dua tokoh-tokoh berikut dan rantaiannya kepada
dua lagi:
1. Tan Sri Shamsudin Osman, Ketua Setiausaha Negara
2. Gani Patail, pendakwa dalam kes-kes DSAI dan
reformis-reformis lain
3. Dr. Ristina Majid, salah seorang saksi dalam kes
perbicaraan DSAI
4. Ahmad Nizam Shamsudin, pegawai Petronas
Tokoh pertama dan utama ialah Tan Sri Shamsudin
Osman. Beliau menjawat jawatan Setiausaha Persekutuan
Sabah semasa Abdul Raof melaksanakan kerja merekrut
pengundi-pengundi hantu di Sabah. Selepas Abdul Raof
dijatuhkan “hukuman” dan “dipenjarakan”, TS
Shamsudin bertugas sebagai Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri (KSU KDN). Tugas beliau
ketika itu ialah memastikan “hukuman penjara
dilaksanakan” ke atas Abdul Raof (Jabatan Penjara
adalah di bawah KDN). Beliau kemudian diberi tugas
seterusnya ia itu membersihkan rekod jenayah Abdul
Raof dan membolehkan Abdul Raof memasuki semula
perkhidmatan kerajaan. Sebab itulah TS Shamsudin
diberi peranan sebagai Ketua Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjaga segala hal
perjawatan dan rekod kakitangan kerajaan. Kini TS
Shamsudin dihadiahkan jawatan KSN bagi membolehkannya
untuk memegang jawatan pengerusi badan kerajaan
apabila pencen nanti.
Gani Patail pula ketika kes pengundi hantu tersebut
hangat di Sabah turut bertugas di Sabah. Beliau
terlibat dalam kes perbicaraan Abdul Raof. Ganilah
yang mendakwa Abdul Raof. (Gani turut terlibat kes
mengugut Jeffrey Kitingan dalam kes Yayasan Sabah
ketika itu.) Tetapi Gani tidak pula menyuruh hakim
mengenakan hukuman maksima terhadap Abdul Raof
berbanding dengan permintaannya yang menyuruh hakim
mengenakan jaminan RM50,000 pada Ezam Md Nor bagi
hukuman maksima yang hanya RM5,000.
Tokoh setrusnya ia;ah Dr. Ristina seorang doktor
pergigian. Di rumah Dr. Ristinalah Ummi Hafilda (masih
ingat ?) bersembunyi dari ditangkap (?) oleh Polis.
Jika saudara rujuk kepada teks perbicaraan kes
“rasuah” DSAI, (http://members.spree.com/sip/truth23/news/nov/131198bicara02.html)
saudara pasti dapat ingat nama-nama seperti TS
Shamsudin dan Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN)
sekarang TS Jamil Johari yang turut berada di rumah
Dr. Ristina ketika Ummi dan Azizan mendapat
perlidungan. Sebab itulah pegawai Polis (Mazlan) yang
diarah untuk menangkap Ummi tidak berani memasuki
rumah Dr. Ristina. Siapakah Dr. Ristina ini? Beliau
adalah ipar kepada TS Shamsudin Osman (ketika itu
menjawat KSU KDN). Rujuk http://pages.hotbot.com/diaries/ummi/ristina.html
(tapi IB tak dapat akses site ini sebentar tadi)
Ketika itu Megat Junid sebagai Timbalan Menteri dan
Mahathir menterinya. Aziz Shamsudin (yang kini
terlantar IJN – dah nak sembuh pun) sebagai
perancang dan pengerak utama.
Seorang lagi nama di atas ialah Ahmad Nizam. Tidak
pernah disebut-sebutkan sangat kecuali di link berikut
https://members.tripod.com/~mahazalimt/051199xl.html.
Ahmad Nizam bertugas di Petronas dan adalah anak
kepada TS Shamsudin. Satu ketika dahulu, sebagai
pegawai Petronas, beliau menerima ganjaran besar untuk
mengerakkan “Kelab Profesional Muda” Petronas bagi
mendapatkan sokongan golongan muda bagi menyokong
kerajaan BN. Namun projek itu gagal. Dan wang pun
lesap. Baca link di atas untuk mengetahui
habuan-habuan yang diterimanya bersama ayahnya.
Beberapa mel saya terima dari rakan-rakan beliau di
Petronas turut menceritakan kisah terbaru berhubung
Ahmad Nizam. Beliau telah diberikan satu kontrak
secara runding terus (bagi tempuh lebih 5 tahun) untuk
melaksanakan segala projek perniagaan elektronik
(e-commerce) untuk Petronas.
Mengikut maklumat syarikat yang baru didaftarkan
ini telah berikan peranan besar walaupun tidak
mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang tersebut
dan belum pun lagi mempunyai kakitangan. Seorang rakan
beliau mengatakan tidak mustahil jika arahan pemberian
kontrak itu datang dari pihak yang lebih atas.
Sekian
Ibrahim Baba
17 April 2001
|