MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL

Perutusan [5]

 

 

UNDANGAN DAN PEMAKLUMAN

PENYERAHAN MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL

 

 

Assalamu’alaikum dan Salam Reformasi,

 

Sekalian warga Malaysia yang budiman,

 

Dengan pengesahan daripada SUHAKAM untuk menerima delegasi bagi penyerahan Memorandum Rakyat 14 April, pihak Jawatankuasa telah membuat undangan serta pemakluman kepada pelbagai pihak tentang program tersebut.

 

Undangan kepada Pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif

 

Surat jemputan telah dikirimkan melalui e-mel dan faks meminta kerjasama dan sokongan daripada YB Dato’ Fadzil Mohd Noor (Presiden PAS), Dr. Syed Husin Ali (Presiden PRM), YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan) dan En. Lim Kit Siang (Pengerusi Kebangsaan DAP) untuk meminta ahli-ahli parti masing-masing turut serta mengiringi delegasi semasa penyerahan Memorandum Rakyat 14 April. Surat sokongan yang sama juga dikirimkan kepada Ketua-ketua Pemuda PAS, DAP, keADILan, PRM dan juga Ketua-ketua Wanita DAP dan keADILan serta Ketua Dewan Muslimat PAS.

 

Mendapatkan Sokongan daripada NGO dan Jawatankuasa Aktivis Rakyat

 

Surat rasmi meminta sokongan dan pengesahan memorandum rakyat juga telah dihantar kepada pelbagai NGO termasuk SUARAM, HAKAM, ALIRAN, JUST, ABIM, SOS Selangor, JIM, PUM, Tenaganita, FAC, Jawatankuasa Selamatkan Wang Rakyat, Jawatankuasa Kembalikan hak Rakyat, SOS Penang, Suqui dan Amnesty International Malaysia.

 

Mendapatkan Sokongan daripada Badan-badan Mahasiswa

 

Sokongan daripada badan-badan mahasiswa tempatan juga diminta termasuk PKPIM, Sekretariat Pelajar PUM, KARISMA, DEMA, Garisan Bertindak Mahasiswa Negara, Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, PMI dan PMU.

 

Memaklumkan kepada Kedutaan Negara Asing di Kuala Lumpur

 

Sebagai langkah diplomasi, pemakluman melalui faks dan e-mel juga dilakukan kepada beberapa kedutaan besar dan suruhanjaya tinggi negara asing di Kuala Lumpur termasuk India, Hong Kong, Singapura, Denmark, Mexico, Jepun, Perancis, Jerman, Britain, New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat bagi memberitahu tentang penyerahan Memorandum Rakyat 14 April kepada SUHAKAM.

 

Memaklumkan kepada Media Tempatan dan Antarabangsa

 

Sebagai langkah perhubungan awam pemakluman juga dilakukan melalui e-mel kepada agensi-agensi media dan akhbar-akhbar tempatan dan antarabangsa termasuk BERNAMA, AP, Reuters, AFP, Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian, Mingguan Malaysia, Berita Mingguan, The Star, Malay Mail, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, Harakah, Berita keADILan, Rocket, Suara PRM, Malaysiakini, FAC dan lain-lain.

 

Memaklumkan kepada Badan-badan Hak Asasi Tempatan dan Antarabangsa

 

Beberapa badan hak asasi dan undang-undang juga dihubungi untuk memaklumkan tentang penyerahan memorandum pada 14 April 2001. Termasuk dalam senarai adalah Suruhanjaya Hak Asasi PBB di Geneva, Working Group on Arbitrary Detention di Geneva, Huma Rights Watch di New York, International Center for Dispute Resolution di New York, Phoenix dan London, The Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration di Kuala Lumpur, The law Society di London dan Brussels, Law Council of Australia dan Amnesty Internatioanl di Perancis, Faroe Islands, Finland, Ireland, Jepun, Mali, Mauritius, Belgian Flemish, Belgian French, Chile dan Costa Rica.

 


Sekian. Terima kasih.

 

“Pertahankan Hak Asasi”

 

Yang benar,

Hj. Saari Hj. Sungib,

Pengerusi,

Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April

 

11 April 2001

 

Ahli-ahli Jawatankuasa:

 

Abdul Malek Hussin, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Norazimah Mohd Nor, Nasir Md Isa, Azwandin Hamzah, Tan Soi Kow, Fadil Hj. Abu Bakar

 

Emel Pengerusi: saari_sungib@justice.com

Emel Sekretariat: Memo14April@justice.com