Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Laporan Program Bersama Pemimpin & Sumpah Keramat Pemuda II


    Laporan Program Bersama Pemimpin & Sumpah Keramat Pemuda II

    Tarikh : 2 Sep 2000
    Masa : 9.00-12.00 mlm
    Tempat : Permatang Pauh, PP
    Kehadiran : 50,000 (mengikut anggaran Sdr Roslan Kasim)

    Majlis Ceramah Politik ini berjalan lancar. Ia dipengerusikan oleh YB Pak Rahman ketua Pembangkang DUN PP dengan menggunakan pendekatan berpantun. Penceramah pertama ialah Sdr Gobalakrishnan ahli MPT yang menekankan banyak kezaliman dalam kepimpinan Dr. Mahathir. Penceramah ke-2 ialah YB Azmin Ali yang menerangkan isu penjajahan kini ialah penjajahan dari dalam oleh kepimpinan Dr. Mahathir, bukan penjajahan luar... dalam mengertikan maksud 43 tahun kemerdekaan. Beliau juga menjelaskan isu ketidakadilan dan "double standard" dalam menangani isu MB Selangor.

    Penceramah ke-3 ialah Sdr Roslan Kasim yang menjelaskan isu ketidakadilan sistem kehakiman khusus yang dikenakan ke atas DSAI dari latarbelakang beliau sebagai hakim di beberapa mahkamah di negara ini. Kes DSAI memang patut ditolak dan tidak ada kes langsung !

    Kehadiran Dr Wan Azizah di sambut dengan pukulan kompang. Beliau berucap memperingati 2 Sep 1998 bagaimana abang Anwar mendapat surat pemecatan dari TPM dan Menteri Kewangan. Amat menyayat hati khususnya para wanita. Satu upacara yang direka khas... melepaskan tiga (3) ekor burung merpati hitam di celah-celah pokok getah sebagai simbolik "membebaskan Anwar".

    Sebelum penceramah terakhir berucap... para Pemuda telah beratur dipentas dan berikrar.... ikrar yang dilaungkan oleh Ketua Pemuda PP Sdr Johari Kasim.

    Penceramah terakhir ialah Sdr Ezam Mohd Nor.

    Hj Rashid Hasnon
    KeADILan Pulau Pinang


    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster