Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Kenyataan Media Pengerusi Jawatan Bulan Reformasi
    (Jumaat, 8 September 2000)


    PERBADANAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA MENOLAK PERMOHONAN MENYEWA STADIUM BUKIT JALIL

    Permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Bulan Reformasi Parti keADILan Nasional pada 6 September untuk menyewa tempat dan kemudahan di Stadium Bukit Jalil pada 19 September 2000 telah ditolak oleh pihak Perbadanan Stadium Merdeka Kompleks Sukan Negara pada hari yang sama.

    Penolakan tersebut telah ditandatangan oleh En. Abu Bakar Kasim, Pengurus Perbadanan Stadium Merdeka Kompleks Sukan Negara. Keputusan penolakan tersebut telah disampaikan kepada delegasi lapan orang anggota Jawatankuasa Khas Bulan Reformasi yang hadir ke pejabat perbadanan tersebut oleh seorang pegawai pembantu beliau.

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi tersebut telah dikemukakan kepada pihak perbadanan pada pukul 3:20 petang dan mendapat pengesahan penolakan pada pukul 3:35 petang.

    En. Abu Bakar Kasim tidak dapat ditemui oleh anggota Jawatankuasa Bulan Reformasi. Beliau hanya diwakili oleh dua orang pegawai beliau.

    Pihak perbadanan menjelaskan sebagaimana terdapat dalam syarat permohonan sewaan, perbadanan boleh menolak sebarang permohonan sewaan daripada mana-mana pihak tanpa perlu memberi sebarang sebab penolakan tersebut. Seorang pegawai perbadanan juga menyatakan permohonan tersebut terpaksa ditolak kerana arahan dari pihak atasan.

    Jawatankuasa Khas Bulan Reformasi akan menulis surat kepada Menteri Belia dan Sukan untuk mengemukakan permohonan menyewa kemudahan di Stadium Bukit Jalil bagi tujuan menganjurkan Perhimpunan Rakyat sebagai sambutan Bulan Reformasi 2000.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    8 September 2000


    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster