Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA
    JEMPUTAN MENYERTAI PESTA TANGLUNG
    DI BUKIT DAMANSARA PADA 13 SEPTEMBER 2000

     

    Sempena menyambut Bulan Reformasi 2000, para penyokong reformasi dijemput menyertai Pesta Tanglung di Bukit Damansara pada Rabu 13 September bermula 9:00 malam. Tempat berkumpul adalah di depan rumah YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

    Pesta Tanglung yang merupakan tradisi masyarakat Cina seluruh dunia adalah sempena bulan penuh pada bulan kalendar yang ke-8 bagi setiap tahun. Penuhnya bulan melambangkan penyatuan dan kesempurnaan. Penyatuan membawa erti mengembalikan seluruh masyarakat bersatu di bawah panji-panji kebebasan dan kemerdekaan hakiki. Sedangkan kesempurnaan menampilkan tata hidup yang sejahtera dan harmoni.

    Di segi sejarah, Pesta Tanglung merupakan ulang tahun mengingati perjuangan reformasi rakyat seluruh benua China. Melalui gerakan rakyat dengan membawa tanglung dan memberi hadiah kueh (moon cake) mereka telah berjaya membangkitkan gelombang kebangkitan menentang penjajahan bangsa Mongol.

    Hari ini masyarakat Cina di negara ini menyambut Pesta Tanglung dengan mengumpulkan sanak keluarga dengan komitmen untuk meneruskan tradisi kesejahteraan, kegembiraan, keharmonian dan kesatuan yang erat.

    Jawatankuasa Bulan Reformasi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada masyarakat Cina di negara ini yang sentiasa mendukung nilai-nilai kesatuan dan kesempurnaan. Kita juga menyeru rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama untuk turut menyertai Pesta Tanglung di Bukit Damansara. Pesta ini akan dipimpin bersama oleh Sdr. Tian Chua dan Sdr. Goh Keat Peng. YB Dr. Wan Azizah akan memberi ucapan tahniah dan melepaskan perarakan tanglung.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    11 September 2000

     

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster