Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    DOA MUNAJAT DAN SUMPAH KERAMAT BEBASKAN UMMAH DARIPADA KEZALIMAN

    Ya Allah Ya Tuhan Kami, Ya Jabbar Ya Muntaqim.
    Tunjukkan kebatilan itu sebagai kebatilan.
    Berilah kekuatan kepada kami memeranginya.
    Tunjukkanlah kebenaran itu sebagai kebenaran.
    Berilah kekuatan kepada kami mendukungnya

    Ya Allah, sesungguhnya kebatilan itu pasti lenyap.
    Kebenaran itu pasti menang.

    Ya Allah, tempatkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menang.
    Tempatkan kami bersama-sama mereka yang menegakkan kebenaran

    Ya Allah Ya Rabbal Jalali wal Ikram
    Sesungguhnya Engkau bencikan kezaliman.
    Sesungguhnya Engkau cintakan keadilan.

    Allahumma, kami mengadu kepada Mu Ya Allah bahawa  negara kami kini dilanda kezaliman.
    Kezaliman golongan yang rakuskan kuasa
    Kezaliman golongan yang menyalah guna kuasa
    Kezaliman golongan perasuah bermaharajalela
    Dengan itu Ya Allah,
    Selamatkanlah kami dari kezaliman mereka
    Kukuhkan hati kami untuk menentang mereka
    Selamatkan kami dari kedurjanaan mereka

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
    Pada hari ini kami berhimpun untuk mengukuhkan azam.
    Azam kami di atas perjuangan menentang kezaliman,
    Kami padukan saf-saf kami untuk menegakkan keadilan,
    Kami susun kerja kami untuk menentang kemungkaran

    Ya Allah di bumi ini akan kami tegakkan kebenaran dan keadilan
    Di atas bumi ini akan kami tumpaskan kezaliman
    Oleh itu, Ya Allah, berkatilah saf-saf kami.
    Teguhkan iman kami.
    Mantapkan iltizam kami.
    Teguhkanlah istiqamah kami.
    Satukanlah hati-hati kami.
    Berilah perlindungan kepada kami.
    Berkati amal kami.
    Rahmati usaha kami.
     
    Ya Allah Ya Malikul Quddus
    Engkau menjadi saksi sepanjang tempoh dua tahun ini kami bersama rakyat bangkit.
    Bangkit menentang kezaliman Mahathir Mohamad.
    Engkau saksikan juga semangat kami tak pernah luntur.
    Saf-saf kami tidak runtuh.
    Jiwa kami tidak roboh.
    Oleh itu Ya Allah berilah kekuatan kepada kami.
    Berilah kekuatan kepada kami.
    Berilah kekuatan kepada kami.
    Teguhkan hati-hati kami untuk terus berjuang.
    Berjuang menentang kezaliman Mahathir
    Menentang kezaliman Barisan Nasional.

    Allahumma Munazzilal Kitab
    Wa Mujriyassahab
    Wa Haazimal Ahzaab
    Ihzim hum
    Wansurnaa ‘alaihim 

    “Ya Allah Yang menurunkan Kitab
    Yang Menggerakkan awan
    Yang Memporakperandakan barisan musuh
    Kalahkanlah mereka
    Dan menangkanlah kami”

    Ya Allah Ya Fattah Ya Halim 

    Engkau saksikan Ya Allah, kebangkitan reformasi akibat kezaliman yang ditimpakan oleh Mahathir terhadap saudara kami Anwar Ibrahim telah menyatukan saf kami.
     

    Oleh itu lindungilah saudara kami Anwar Ibrahim.
    Berilah kekuatan kepadanya.
    Kentalkanlah hatinya menentang kezaliman.
    Teguhkanlah imannya melalui dugaan.
    Berilah kekuatan kepada seluruh keluarganya.

    Allahumma, Engkau menjadi saksi bahawa “suara Anwar suara rakyat, suara rakyat suara keramat”.
    Engkau menjadi saksi perjuangan Anwar adalah perjuangan rakyat.
    Menangkanlah perjuangan ini.

    Allahumma, sesungguhnya Engkau menjanjikan dalam Kitab Mu:
    “Inna Rabbi ‘ala Siratil Mustaqim….. Sesungguhnya Tuhanmu tetap berlaku adil”.
    Oleh itu berilah keadilan kepada saudara kami Anwar Ibrahim.
    Bebaskanlah Anwar.
    Berilah keadilan kepada rakyat.
    Kembalikanlah keadilan kepada negara ini.

    Allahumma, Engkau menjadi saksi Anwar Ibrahim mengajar kami untuk:
    “lawan tetap lawan… lawan sampai menang”.
    Ya Allah kuatkan kami untuk terus lawan.
    Ya Allah berkatilah perjuangan kami hingga menang.
    Ya Allah, Engkau menjadi saksi Anwar Ibrahim mengajar kami:
    “Kalau takut hadapi risiko, jangan bicara tentang perjuangan”.
    Dengan itu Ya Allah, suntikkanlah keberanian ke dalam hati-hati kami.
    Berilah kebenaran dalam tutur kata dan perbuatan kami.

    Ya Allah Ya Razzaq Ya Adil
     
    Engkau menjadi saksi, kebangkitan reformasi telah menyatukan kami.
    Bersatu untuk menumbangkan Barisan Nasional.
    Engkau menjadi saksi wujudnya pakatan Barisan Alternatif untuk membentuk “Malaysia yang Adil”.
    Engkau anugerahkan kekukuhan kerajaan Kelantan.
    Engkau anugerahkan kemenangan di Terengganu.

    Ya Allah di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Engkau kukuhkanlah kerajaan Kelantan.
    Engkau lindungilah kerajaan PAS di Kelantan.
    Mantapkanlah pakatan Barisan Alternatif di Kelantan.

    Ya Allah di bawah pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
    Engkau kukuhkanlah kerajaan Terengganu.
    Engkau lindungilah kerajaan PAS di Terengganu.
    Mantapkanlah pakatan Barisan Alternatif di Terengganu.
     
    Allahumma, kukuhkanlah tapak-tapak kami di negeri-negeri lain.
    Munculkan di kalangan kami para pemimpin yang berjiwa rakyat.
    Yang jujur, yang benar, yang adil.

    Allahumma, berilah kemenangan kepada kami di Kedah.
    Berilah kemenangan kepada kami di Perlis.
    Berilah kemenangan kepada kami di seluruh negara ini.
    Akan kami tegakkan keadilan di bumi Mu ini Ya Allah.

    Allahumma, berkatilah keikhlasan dan kejujuran kami membela rakyat.
    Berilah kemenangan kepada kami ketika waktunya tiba.
    Jadikanlah kami golongan penegak keadilan.
    Jadikanlah kami penentang kezaliman.
     
    Ya Allah Ya Ghafur Ya Syakur

    Engkau menjadi saksi dalam perhimpunan ini Pemuda-pemuda kami melafazkan “Sumpah Keramat”.
    Sumpah untuk terus menentang kezaliman.
    Untuk membenteras kezaliman.
    Untuk menumpaskan kezaliman.
    Untuk menegakkan keadilan.
    Untuk menegakkan kebenaran.
    Untuk mengembalikan hak dan martabat rakyat.

    Allahumma, Engkau menjadi saksi pada perhimpunan ini pemuda-pemuda kami akan melafazkan “Sumpah Keramat” dan menyeru:

    “Undur Mahathir Undur… Undur Mahathir Undur.. Undur Mahathir Undur”..

    Dengan itu Ya Allah masukkanlah mereka ini dalam golongan yang Engkau nyatakan sebagai :

    “Innahum fityatun aamanuu bi Rabbihim wa zid Na hum huda…. Sesungguhnya mereka itulah golongan pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan dengan itu Kami tambahkan bagi mereka petunjuk Kami”..
     

    Ya Allah, kami memohon Engkau berikan kekuatan iman kepada pemuda-pemuda kami.
    Berikan ketabahan kepada mereka.
    Berikan kekentalan jiwa kepada mereka.
    Berikan ketinggian semangat kepada mereka.
    Berikan kekukuhan iltizam kepada mereka.

    Allahumma, kami memohon kepada Mu agar Engkau elokkan akhlaq mereka.

    Engkau perbaikilah pekerti mereka.
    Engkau tinggikanlah akal budi mereka.
    Engkau sempurnakanlah pertuturan mereka.
    Engkau kukuhkanlah idealisme perjuangan mereka.
    Engkau redhailah amalan mereka.
     

    Allahumma, Engkau berilah pertolongan kepada pemuda-pemuda kami.
    Engkau terimalah ikrar mereka.
    Padukanlah hati-hati mereka.
    Padukanlah hati-hati kami.
    Kukuhkanlah kami dalam satu saf untuk menegakkan keadilan. 

    Allahumma, janganlah Engkau izinkan seorangpun daripada mereka yang ingkar terhadap ikrar. 

    Ya Allah Ya Qawwi Ya Matin

    Merdekakanlah negara ini dari kezaliman
    Merdekakanlah negara ini dari Mahathirisme
    Merdekakanlah kami dari dasar-dasar pincang Mahathir
    Merdekakanlah kami dari pemerintahan pincang BN
    Merdekakanlah negara ini dari salah guna kuasa
    Merdekakanlah negara ini dari kerakusan kroni-kroni Mahathir dan Daim
    Merdekakanlah negara ini dari rasuah
    Merdekakanlah negara ini dari keganasan polis
    Merdekakanlah mahkamah dan sistem kehakiman kami
    Merdekakanlah kami daripada penindasan sesama manusia
    Kembalikanlah kemerdekaan kepada rakyat
    Berikanlah keadilan kepada rakyat
    Tewaskanlah kezaliman.
    Menangkanlah kebenaran

    Nukilan:
    Abu ‘Urwah

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster