Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Program Sumpah Keramat II Pemuda KeADILAN di Batu 7 Jalan Kebun, Kelang

    1) Kami sampai ke sana lebih kurang 8.55 malam. Kawasan tersebut adalah merupakan satu kawasan lapang yang di beritakan adalah kawasan persendirian hak milik ahli KeADILan Shah Alam. Rakyat yang berkumpul masih tidak berapa ramai. Ramai yang masih berlegar-legar di gerai-gerai menjual kaset dan menjamu selera tetapi terdapat juga beberapa kelompok yang sudah bersiap sedia mengambil tempat denagn membentang tikar di atas tanah yang kami lihat berlumpur di sana sini.

    2) Setiba sahaja kami di sebelah pentas ceramah yang merupakan sebuah lori besar yang diubah suai, kami melihat tiga orang pegawai polis beruniform sedang berbincang dengan wakil Pemuda KeADILan dan kelihatan juga salah seorangnya adalah Lokman Nor Adam. Sekitar 10 minit kemudian kelihatan ketiga-tiga pegwai polis tersebut beredar meninggalkan kawasan di sebelah pentas ceramah, setelah memberi amaran bahawa ceramah yang akan diadakan tersebut tidak mempunyai permit dan mereka hanya menjalankan tugas.

    3) 9.20 malam program pun bermula dengan pengerusi majlis memanggil semua Ketua Pemuda KeADILan seluruh negeri Selangor untuk naik ke pentas selain dari Ustaz Dr Badrul Amin, Haji Saari Sungib, yang juga Pengerusi Program Bulan Reformasi, Sdr Hamizon, Exco Pemuda Pusat dan Sdr Zakir Yusof, Ketua Pemuda WP. Rakyat semakin ramai yang tiba dan kawasan lapang tersebut kelihatan sudah semakin di penuhi dan terdapat lebih ramai lagi berada di belakang dan melimpah hingga kejalanraya yang sediakan dua layar besar. Namun yang ketara walaupun kawasan yang becak dan berlumpur disebabkan hujan disebelah petangnya, ianya tidak menghalang orang ramai yang patriotic dan cintakan keadilan dan bencikan kezaliman untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada BA.

    4) Penceramah pertama adalah Ketua Pemuda Serdang yang juga Naib Ketua Pemuda Selangor Sdr Norazam. Beliau menyentuh isu perlantikan MB baru Selangor Md Khir Toyo yang membuktikan bahawa di Selangor sendiri tiada pemimpin senior UMNO yang boleh diharap untuk memimpin negeri Selangor dan ianya memberi satu tamparan yang hebat kepada kesemua 11 orang yang dicalonkan oleh UMNO Selangor. Beliau juga membangkitkan isu tentang siapa sebenarnya yang berkuasa di negeri Selangor ? Md Khir atau Muhammad Taib? Hampir semua liputan dan kenyataan yang dikeluarkan lebih bertumpu kepada Muhammad Taib dan bukannya Md Khir yang secara tak langsung memberi isyarat bahawa perlantikan Md Khir adalah untuk mengabui mata rakyat semata-mata dan ada kemungkinan dia seakan-akan menjadi boneka kepada suatu kuasa lain di Selangor.

    5) Seterusnya Sdr Zakir Yusof, Ketua Pemuda WP, penceramah kedua yang secara langsung membuat perumpamaan mengenai apa yang berlaku di Rusia pada tahun 1987. Presiden Rusia atau Soviet Union pada ketika itu adalah Mikhael Gorbachev. Gorbachev ketika itu telah memecat timbalannya ketika itu iaitu Boris Yeltsin yang mana tujuannya adalah untuk mematahkan kebangkitan dan pengaruh Yeltsin dikalangan rakyat. Tetapi lima tahun selepas itu, Yeltsin telah bangun semula dan dia jugalah yang bertanggung jawab menumbangkan pemerintahan komunis Gorbachev. Tidak mustahil itulah yang akan berlaku di Malaysia. Sdr Anwar yang telah di pecat oleh Mahathir akan bangkit semula dan akan menumbangkan pemerintahan diktator Mahathir.

    6) Kemudiannya Sdr Adbul Ghani Harun, Exco Pemuda Pusat dari Pulau Pinang sebagai penceramah ketiga menyentuh mengenai peristiwa yang berlaku di Ambon dimana perbalahan antara puak Islam dan Kristian. Sesungguhnya Allah akan menurunkan balanya kepada ummat Islam yang telah lupa untuk mematuhi ajaranNya.Walaupun segelintir ummat yang engkar tetapi jika tiada golongan yang tampil untuk menegur ataupun membetulkan keadaan seluruh ummat yang akan menerima bala tersebut Beliau menceritakan bagaimana seorang ibu ummat Islam yang sarat mengandung dan hampir melahirkan anak di Ambon telah di belah perutnya lalu diambil bayi tersebut dan dicincang lalu dimasukkan semula kedalam perut ibu tersebut dan di jahit semula.

    7) Pada ketika tersebut semakin ramai pemimpin KeADILan yang tiba seperti Naib Ketua KeADIlan Pusat Sdr Tian Chua, Naib Ketua Pemuda Pusat Sdr Lau Kee Choy, Ketua Penerangan KeADILan Pusta Sdr Ruslan Kasim, dan kemudian kelihatan juga Gobalakrishnan dan Ketua Pemuda KeADILan Sdr Ezam Md Nor.

    8) Sdr Lau Kee Choy, penceramah keempat menyentuh mengenai hak kesitimewaan Melayu yang di gembar gemburkan oleh UMNO. Beliau menceritakan mengenai pengalaman belaiu membeli durian yang mana beliau lebih suka membeli dari orang melayu yang katanya lebih jujur dan bertanggungjawab terhadap pelanggan. Tetapi belaiu juga berpengalaman membeli durian yang telah rosak dari orang melayu dan dia mengambil kesimpulan bahawa jahat atau baik seseorang itu adalah tidak bergantung kepada apakah bangsanya. Beliau dengan tegasnya berkata beliau berasa selesa dan tidak takut untuk berceramah di situ pada malam itu walaupun yang hadir adalah kebanyakannya orang melayu kerana beliau yakin sebagai rakyat Malaysia semua kaum boleh hidup dengan perasaan aman damai.

    9) Penceramah kelima seterusnya adalah Hj Saari Sungib yang juga merupakan Ahli MKT KeADILan dan Pengerusi Bulan Reformasi. Beliau menyatakan setiap kali perhimpunan seperti ini diadakan insyaAllah ianya akan memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada DSAI di dalam penjara. Beliau telah membangkitkan isu permohonan JK Bulan Reformasi untuk mengadakan perhimpunan rakyat di Stadium Bukit Jalil. Permohonan tersebut telah ditolak dalam masa 15 minit sahaja atas alasan ianya adalah arahan “pihak atasan”. Tuan Hj Saari seterusnya dengan tegas menyatakan bahawa sebagai warganegara Malaysia yang sah, kita mempunyai hak untuk berhimpun di Stadium Bukit Jalil kerana ianya adalah hak milik rakyat Malaysia dan bukannya hak milik golongan tertentu sahaja.

    10) Sebagai langkah seterusnya, JK Bulan Reformasi akan menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan untuk menyatakan pendirian kita mengenai penolakan permohonan tersebut. Jika ianya masih gagal, Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam adalah lokasi alternatif untuk perhimpunan rakyat tersebut. Jika permohonan itu pun masih gagal juga beliau mencadangkan supaya petisyen rakyat di adakan untuk membuat bantahan.

    11) Hj Saari seterusnya mengumumkan mengenai program yang telah dirancang untuk diadakan disepanjang Bulan Reformasi ini:

    a) Program bersama OKT di Taman Tasik Titiwangsa pada 1/10/2000 disebelah pagi.

    b) Warga dunia dengan kerjasama FAC akan mengadakan demonstrasi pada 22/09/2000 selepas sembahyang Jumaat menuntut pembebasan DSAI

    c) Kes Arsenik II di Mahkamah Seksyen 2 pada 11/09/2000. Semua penyokong di minta datang untuk memberi sokongan.

    12) Penceramah yang keenam adalah Ketua Pemuda Melaka yang telah menyentuh hak keistimewaan orang melayu di bawah kerajaan UMNO dengan mengungkap mengenai dua kes. Yang pertama mengenai seorang gadis bawah umur yang dirogol oleh pemimpin tertinggi di negeri Melaka. Yang dirogol dipenjara dan yang merogol pula bebas. Yang kedua adalah mengenai Datin Seri Dr Wan Azizah yang telah dinafikan hak untuk bertemu dengan DSAI di penjara. Beliau seterusnya mengulas mengenai suatu ungkapan dari Mohd Iqbal yang mengibaratkan keadilan adalah bagaikan barang yang tidak ternilai harganya. Maka janganlah biarkan pencuri merampasnya kerana jika tidak amat sukar untuk memperolehinya kembali.

    13) Penceramah ketujuh adalah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Dr Badrul Amin yang menyatakan antara sebab beliau telah ditahan dan didakwa didalam kes arsenik hanyalah kerana menjadi imam solat hajat. Satu fakta yang amat menarik yang telah dibawa oleh Dr BadrulAmin didalam ceramahnya dalah bagaimana dizaman Firaun dahulu, Firaun amat takutkan budak kecil sehinggakan dia memerintahkan setiap budak kecil lelaki yang dijumpai hendaklah dibunuh. Pemerintahan Mahathir masa kini bolehlah diibaratkan sebagai zaman Firaun kerana kerajaan Mahathir amat takutkan KeADILan dan BA yang diibaratkan sebagai budak kecil.

    14) Islam atau tidak seseorang itu boleh dilihat dari samada dianya menepati rukun islam yang lima. Perkara yang sama boleh dilihat dilihat didalam rukun negara untuk memastikan bahawa seseorang itu adalah sah menjadi warganegara atau tidak.

    15) Rukun negara yang pertama, Percaya kepada Tuhan, tindak tanduk Mahathir dan UMNO seolah-olah tidak takut dan percaya kepada Tuhan. Tidak menghiraukan dosa dan pahala. Rukun negara yang kedua, Taat kepada Raja, Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menghapuskan hak istimewa raja-raja. Walaupun Dr BadrulAmin menyatakan beliau bersetuju tentang perkara itu pada masa tersebut tetapi hak tersebut sepatutnya diserahkan kepada rakyat dan bukannya kepada mamak bendahara. Rukun negara yang ketiga, Keluhuran Perlembagaan, salah satu dari perlembagaan Malaysia adalah hak individu untuk berhimpun secara aman. Tetapi kerajaan Mahathir telah menafikan hak tersebut.Rukun negara yang keempat, Kedaulatan Undang-undang. Setiap rakyat adalah sama disisi undang-undang tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia adalah terdapat seorang manusia yang dirinya adalah lebih tinggi dari undang-undang.Rukun negara yang kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Akhlak generasi muda adalah berpunca dari generasi tua bak kata pepatah “ayah kencing berdiri, anak kencing berlari”. Selama ini siapa yang mengajar generasi muda untuk tidak menghormati orang tua kalau bukan Mahathir sendiri?. Hasil dari hujah mengenai rukun negara tersebutlah Dr Badrulamin menyarankan bahawa Mahathir layak untuk dilucut taraf kerakyatannya kerana dia melanggar kelima-lima rukun negara Malaysia.

    16) Penceramah kelapan Sdr Gobalakrishnan telah membuka kata dengan serangkap pantun:

    Akar nibung merasap
    Akar mengkuang dalam perahu
    Terbakar rumah berasap
    Terbakar hati siapa yang tahu

    17) Amat mengejutkan kerana Gobalakrishan telah menyatakan beliau mendapat maklumat mengenai kesucian ajaran Islam apabila beliau menyertai keADILan dan BA juga melalui ceramah dan interaksi dengan pemimpin KeADILan dan PAS seperti Dr Badrul Amin, Hj Saari Sungib, Datuk Sheikh Azmi, Tuan Guru Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi. Katanya lagi semua itu tak dapat diperolehinya didalam MIC dan juga BN.

    18) Katanya lagi apa yang dilakukannya sekarang adalah suatu perjuangan suci dan sentiasa beristiqamah walaupun diugut dan sebagainya. Beliau bertegas dan mengisytiharkan bahawa beliau akan “turun padang” setiap kali program reformasi walaupun ada kemungkinan di tangkap.

    19) Penceramah yang seterusnya, yang kesembilan adalah Sdr Tian Chua. Beliau telah mengimbas kembali bagaimana keputusan DSAI untuk melawan adalah suatu keputusan yang amat penting bagi rakyat. Sejarah di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa setiap diktator akan tumbang dengan kuasa yang ada di tangan rakyat seperti Marcos dan Suharto. Perjuangan reformasi mesti diteruskan

    20)Acara melafazkan sumpah keramat di adakan dengan diketuai oleh Sdr Nor Azam, Naib Ketua Pemuda Selangor.

    21) Penceramah kesepuluh yang mengambil tempat seterusnya adalah Sdr Ruslan Kasim. Beliau mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang menyelar BA kerana menganggap semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah sandiwara. Beliau yang berpengalaman didalam UMNO seterusnya membongkar dan menyorot kembali kejadian yang berlaku yang mana beliau dan UMNO telah terlibat.

    22)Sandiwara yang telah di lakukan oleh UMNO ketika sidang NGO berhubung konflik Timur Timor sedikit masa dulu adalah bukti kerajaan BN suka bersandiwara. Menteri Dalam Negeri ketika itu melalui Timbalannya iaitu Megat Junid telah mengarahkan Pemuda UMNO untuk menimbulkan huru hara dan kekacauan di tempat persidangan tersebut. Anggota polis juga telah terlibat dalam sandiwara tersebut dan beliau juga mendedahkan bagaimana pihak polis juga telah di arahkan untuk menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan Pemuda UMNO dan Megat Junid bagi membuat perancangan sandiwara tersebut. Dengan pengalaman yang beliau sendiri mengalaminya adalah tidak mustahil segala apa yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang adalah juga sandiwara!!

    23)Sdr Ruslan seterusnya mengulas mengenai Peristiwa Sauk dimana 29 orang ahli Al-Ma’unah yang akan di bela oleh 4 orang peguam iaitu Karpal Singh, Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin dan seorang yang dianggap misteri iaitu Zabidi Mustapa. Lapuran yang diterima mengatakan bahawa Zabidi akan berada di Penjara Sungai Buluh setiap hari dan juga di JAKIM. Maklumat mengatakan bahawa tujuan Zabidi berada di kedua-dua tempat itu adalah untuk mengumpulkan maklumat dan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman kepada tahanan Al-Ma’unah dan mengukuhkan hujah untuk mengecap kumpulan Al-Ma’unah itu sabagai kumpulan yang benar-benar sesat.

    24)Sdr Ruslan juga telah mendedahkan maklumat mengenai kumpulan al-Ma’unah ini yang ditahan reman di Penjara Sungai Buluh. Berbanding dengan 28 orang yang lain, hanya Amin Razali sahaja yang diletakkan satu blok dengan DSAI. Apakah motifnya? Maklumat juga mengatakan bahawa Amin Razali telah di “brain wash” dan juga “mental torture”. Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan bersalah sebanyak 200 mukasurat yang di ambil oleh Peguam Karpal Singh menyakinkan ada sesuatu disebalik penempatan dan keadaan mental Amin Razali. Adalah dikhuatiri bahawa Amin Razali boleh di gunakan sebagai sacape goat oleh pihak kerajaan BN untuk mencederakan DSAI di penjara! Dengan itu KeADILan menuntut supaya (1) Amin Razali menjalani pemeriksaan perubatan bagi mengesahkan tahap mental beliau (2) Di pindahkan ke blok yang lain berjauhan dengan DSAI.

    25)Sdr Ruslan seterusnya mengumumkan program yang bakal dianjurkan sempena Bulan Reformasi (1) Majlis Makan Malam di Dataran Merdeka sempena 2 tahun reformasi pada 20/9/2000 (2) Pementasan teater Tok Ampoo di Taman Melewar pada 17/9/2000 atas permintaan ramai (3) Ceramah pemimpin Pemuda BA di Taman Melewar pada 16/9/2000.

    26)Penceramah yang kesebelas dan yang terakhir pada malam tersebut adalah Sdr Ezam Md Noor. Sdr Ezam meyatakan bahawa Program Sumpah Keramat 2 akan diadakan disetiap negeri dan diakhiri di Kedah sebagai mesej kepada Mahathir bahawa perjuangan reformasi masih lagi segar. Sebagai mengulas isu wang royalty minyak Terengganu beliau dengan tegas menyatakan bahawa tindakan kerajaan BN adalah jelas melanggar asas dan prinsip demokrasi dan membelakangkan plihan rakyat negeri Terengganu dalam memilih kerajaan mereka sendiri. Beliau seterusnya mengingatkan supaya rakyat terus berjuang menentang kezaliman seorang diktator dan tidak menunggu sehingga jiwa seorang pemimpin besar (DSAI) dikorbankan seperti apa yang berlaku kepada Aquino di Filipina. 27)Program Sumpah Keramat 2 diakhiri dengan doa yang dibawacakn oleh Dato’ Sheikh Azmi dengan mengambil doa yang dibaca oleh Nabi SAW ketika dizalimi. Beliau memberi ulasan mengenai doa yang mana Nabi Ibrahim sering dicemuh kerana kerap berdoa dan diejek dengan alas an walaupun baginda berdoa tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi sesungguhnya kita perlulah yakin Allah akan memakbulkan doa kita pada suatu hari nanti, InsyaAllah.

    Zainal Adnan, Titiwangsa

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster