Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA
    MENJEMPUT ORANG RAMAI HADIR MENDOAKAN KESELAMATAN IBU ANWAR IBRAHIM
    DI UNIVERSITY HOSPITAL PETALING JAYA
    PADA 18 SEPTEMBER

    Sebagaimana yang diberitakan, Datin Che Yan, atau Mak Yan, ibu kepada Anwar Ibrahim kini berada di University Hospital Petaling Jaya kerana sakit. Keadaannya stabil tetapi menurut para doktor, Mak Yan perlu banyak berehat.

    Memandangkan pengorbanan dan jasanya melahir dan membesarkan tokoh reformasi negara, Anwar Ibrahim, Jawatankuasa Bulan Reformasi mengajak orang ramai untuk hadir ke hospital tersebut bagi mendoakannya. Kita percaya sokongan yang bakal diberikan oleh rakyat dapat memberi kekuatan kepada Mak Yan agar cepat sembuh.

    Orang ramai diminta berkumpul di kawasan letak kereta hospital tersebut pada pukul 5:00 petang, Isnin 18 September. Sila bawa bersama kad ucapan doa selamat bagi Mak Yan.

    Tepat pukul 5:45 petang, sekumpulan 3 orang Wanita keADILan yang diketuai oleh Ketua Wanita keADILan Pusat, Hjh Fuziah Salleh akan mewakili orang ramai membawa kad doa selamat dan sejambak bunga untuk bertemu dengan Mak Yan di wadnya.

    Memandangkan Mak Yan perlu banyak berehat adalah amat wajar agar tidak semua penyokong naik untuk menziarahi beliau.

    Jawatankuasa Bulan Reformasi mengalu-alukan sokongan anda sekelian.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional
    16 September 2000
    http://bulanreformasi.tripod.com

     

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster