Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    Perhimpunan Rakyat - Stadium Nasional Bukit Jalil

    Sidang Media

    Perhimpunan Rakyat - Stadium Nasional Bukit Jalil
    20 September 2000
    12:00 tengahari – 1:00 petang
    di Mint Hotel, The Mines, Sungai Besi

    anjuran
    Jawatankuasa Bulan Reformasi
    Parti Keadilan Nasional

    Sidang Media ini adalah berkenaan Permohonan untuk Menyewa Stadium Bukit Jalil bagi tujuan Perhimpunan 100,000 Rakyat. Permohonan ini adalah permohonan kali kedua.

    Permohonan pertama yang dibuat pada 6 September lalu telah ditolak. Kenyataan Media akan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi, Parti Keadilan.

    Sesi soal jawab akan diadakan antara media dengan wakil-wakil parti politik dan NGO.

    Sidang media dan sesi soal jawab media dengan wakil-wakil parti politik/NGO ini akan disertai bersama oleh para penyokong Barisan Alternatif dan aktivis reformasi.

    Pada pukul 1:30 petang, delegasi untuk menyerahkan permohonan menyewa Stadium Bukit Jalil akan bertolak secara berkonvoi ke pejabat Perbadanan Kompleks Sukan Negara di stadium berkenaan.

    Penyerahan borang permohonan akan dibuat pada pukul 2:15 petang.

    Diminta semua yang hadir ke Sidang Media turut menyertai konvoi berkenderaan ke Stadium Bukit Jalil

    Terima kasih

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Jawatankuasa Bulan Reformasi
    Parti Keadilan Nasional
    19 September 2000

    http://bulanreformasi.tripod.com
    emel: abuurwah@freeanwar.com

     

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster