Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    KENYATAAN MEDIA
    AHLI-AHLI MPT TURUN PADANG DAN SUMPAH KERAMAT II PEMUDA KEADILAN
    DI SARAWAK BUMI KENYALANG 27-29 SEPTEMBER


    Sdr Mohd Anuar Tahir, Setiausaha Agung Parti keADILan Nasional dalam kenyataannya pada 14 September 2000 memaklumkan bahawa Sarawak merupakan destinasi pertama bagi MPT, Majlis Pimpinan Tertinggi Parti keADILan Nasional, untuk melaksanakan tugas turun padang. Kenyataan itu juga menyebut selepas ini ianya akan diikuti ke negeri-negeri yang lain pula.

    Dalam kenyataan itu jadual berikut telah diperturunkan :

    27 Sept:

    Pagi : Ketibaan Ahli-ahli Mesyuarat MPT ke Kuching

    Petang : Ketibaan Presiden ke Kuching

    Malam : Ceramah Perdana dan Sumpah Keramat II Pemuda keADILan

    28 Sept:

    Pagi : Mesyuarat MPT

    Petang : Majlis Dialog MPT-AJK Perhubungan Negeri dan Bahagian

    Malam : Majlis Makan Malam keADILan Sarawak di Hotel Grand Continental

    29 Sept:

    Pagi : Perasmian Pejabat Perhubungan Negeri, Taklimat dan Sidang Akhbar

    Petang : Presiden berangkat pulang ke Kuala Lumpur

    Malam : Ceramah di Kg. Senari (Santubong), Taman Malihah (Petra Jaya), Bekenu (Miri), Senadin (Miri), Muara Tuang (Kota Semarahan), Kg. Lintang (Petra Jaya), Bandar Kuching dan Stampin

    30 Sept: Pagi : Ahli-Ahli MPT berangkat pulang ke Kuala Lumpur

    Bagi memeriahkan Bulan Reformasi, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru agar ahli-ahli keADILan dan aktivis reformasi di Bandaraya Kuching mengajak orang ramai menghadiri program Sumpah Keramat II Pemuda keADILan peringkat Negeri Sarawak pada 27 September dan ceramah-ceramah umum pada 29 September.

    Kita percaya pembabitan rakyat Sarawak dalam gerakan reformasi negara akan menyemarakkan lagi perjuangan kita untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman di negara ini. Sokongan yang bakal diberikan oleh pelbagai lapisan rakyat Sarawak kepada program Sumpah Keramat II Pemuda keADILan dipercayai akan meningkatkan pembelaan terhadap Sdr. Anwar Ibrahim. Siri Sumpah Keramat II di Semenanjung menegaskan satu perjuangan untuk membebaskan Sdr. Anwar Ibrahim dalam tempoh masa tidak melebihi 15 bulan.

    Jawatankuasa Bulan Reformasi percaya bahawa kehadiran ahli-ahli MPT keADILan akan dapat lagi memantapkan perkongsian perjuangan reformasi bersama-sama rakyat Sarawak. Dalam masa yang sama, diharapkan hubungan dan permuafakatan Barisan Alternatif di Sarawak akan dapat dikukuhkan dengan kehadiran ahli-ahli pimpinan tertinggi parti ke sana.

    Bersama kita tegakkan keadilan. Satu Wadah Satu Perjuangan

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional

    http://bulanreformasi.tripod.com
    emel: abuurwah@freeanwar.com
    24 September 2000

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster