Bulan September akan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti perjuangan rakyat.!


Laman Perhimpunan Rakyat


SEARCH :

MENU UTAMA
PERHIMPUNAN RAKYAT
Program Khas Hari Kebangsaan
AKTIVITI
A L B U M
DEBAT RAKYAT
Hubungi Kami
HUBUNG KE:
  • Free Anwar
  • Laman Reformasi
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Mahafiraun 2020
  • keADILan
  • P A S
  • D A P
  • P R M
  • J I M
  • ABIM
  • SUARAM
  • GUESTBOOK:
    [Sign] [View]


    PROGRAM REFORMASI PADA 20 SEPTEMBER 2000


    Bagi memperingati tarikh 20 September, sekali lagi Jawatankuasa Bulan Reformasi memaklumkan kepada para pendukung reformasi empat program yang akan berjalan di peringkat Pusat sepanjang hari esok. Empat program tersebut terdiri daripada:

    Program 1 : Kempen sokongan rakyat kepada reformasi.

    Program 2 : Sidang Media Permohonan untuk Menyewa bagi Kali Kedua Stadium Nasional Bukit Jalil

    Program 3 : Konvoi Berkenderaan ke Stadium Bukit Jalil

    Program 4 : Majlis Makan Malam di Restoran Putra Dataran Merdeka

    Program-program ini diperincikan sebagai berikut:

    Program 1 : Kempen Sokongan Rakyat kepada Reformasi.

    (1) Memasang bendera, poster dan pelekat sepanjang hari pada kenderaan masing-masing. Bendera dan pelekat ini termasuk bendera reformasi, PAS, KeADILan, DAP, PRM, kempen banteras ISA, pelekat mata lebam Anwar Ibrahim, pelekat lambaian reformasi Anwar Ibrahim dan seumpamanya.

    (2) Menyalakan lampu-lampu kenderaan, khususnya di jalan-jalanraya di Ibu Kota Kuala Lumpur dari pukul 1:00 tengahari hingga 2:00 petang.

    (3) Membunyikan hon kenderaan masing-masing sebanyak empat kali, bagi menandakan re-for-ma-si! setiap kali bertemu rakan seperjuangan, khususnya ketika melalui bangunan mahkamah

    (4) Memakai baju T, topi, bash, tag, riben putih dan lain-lain yang membawa mesej perjuangan sepanjang hari. Pakaian ini termasuk yang membawa lambang-lambang REFORMASI, KeADILan, PAS, DAP, PRM, kempen boikot media, Banteras ISA, SOS, No TOL, baju potret Anwar Ibrahim dan apa saja yang menggambarkan semarak perjuangan.

    (5) Memasang bendera dan poster parti-parti Barisan Alternatif di rumah atau bangunan kedai.

    (6) Mengirim sms melalui handfon kepada rakan-rakan dengan mesej:”20 September. Teruskan Reformasi”

    Program 2 :

    Sidang Media Permohonan untuk Menyewa bagi Kali Kedua Stadium Nasional Bukit Jalil

    Bertempat di Mint Hotel, The Mines, Sungai Besi dari pukul 12:00 tengahari hingga 1:00 petang. Sidang Media ini adalah berkenaan Permohonan untuk Menyewa Stadium Bukit Jalil bagi tujuan Perhimpunan 100,000 Rakyat. Permohonan ini adalah permohonan kali kedua. Permohonan pertama yang dibuat pada 6 September lalu telah ditolak. Kenyataan Media bersama ini akan disertai oleh wakil-wakil parti politik daripada keADILan (Sdr. Tian Chua), PAS (Dr. Hatta Ramli), DAP (Ronnie Liu), PRM (Sdr. Faizal Sanusi) dan wakil reformis (Sdr. Abdul Malek Husin). Wakil-wakil NGO daripada ABIM, SUARAM, HAKAM, JIM dan PKPIM juga turut terlibat dalam sidang media ini.

    Program 3 : Konvoi Berkenderaan ke Stadium Bukit Jalil

    Pada pukul 1:30 petang, delegasi untuk menyerahkan permohonan menyewa Stadium Bukit Jalil akan bertolak secara berkonvoi dari Mint Hotel ke pejabat Perbadanan Kompleks Sukan Negara di stadium berkenaan. Penyerahan borang permohonan akan dibuat pada pukul 2:15 petang. Diminta semua yang hadir ke Sidang Media turut menyertai konvoi berkenderaan ke Stadium Bukit Jalil

    Program 4 : Majlis Makan Malam di Restoran Putra Dataran Merdeka

    Majlis Makan Malam Memperingati Dua Tahun Reformasi akan diadakan di Restoran Putra Dataran Merdeka. Majlis makan malam ini adalah anjuran Biro Penerangan Parti keADILan Nasional. Majlis akan bermula pada pukul 8:30 malam. Tetamu khas adalah YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti keADILan Nasional.

    Sekian. Terima kasih.

    Hj. Saari Hj. Sungib
    Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
    Parti KeADILan Nasional

    http://bulanreformasi.tripod.com
    emel: abuurwah@freeanwar.com
    19 September 2000

    Laman ini dilancarkan pada 31 Ogos 2000. Jurucakap laman ini ialah Tuan Hj. Saari Sungib yang merupakan ahli MPT keADILan dan juga Pengerusi JK Khas Bulan Reformasi. Email Webmaster